Sebentar tadi, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan bahawa jumlah kes harian Covid-19 hari ini telah meningkat sebanyak 11,034 kes berbanding 10,089 kes semalam.
Macam yang korang tahu, kes harian di negara ini telah meningkat dengan mendadak setiap hari disebabkan oleh gelombang Omicron di negara ini.
Bagaimanapun, kes yang memerlukan rawatan di ICU dan bantuan pernafasan dilihat terkawal dengan jumlah sebanyak 66 pesakit di ICU dan seramai 71 orang sedang menerima bantuan pernafasan.
Berdasarkan kadar jangkitan sekarang yang dilihat berterusan meningkat, Dr Hisham menjangkakan kes harian Covid-19 akan mencecah ke angka 22,000 menjelang akhir Mac.
Menerusi rajah yang dikongsikannya semalam di Twitter, kadar jangkitan di Malaysia semalam adalah pada 1.27 dan negeri dengan kadar jangkitan tertinggi adalah Sabah dengan 1.47 diikuti Perlis 1.40.
Ekoran dari ini, Dr Hisham menyarankan agar orang ramai segera mengambil dos penggalak bagi mendapatkan perlindungan dari virus Covid-19.
Manakala Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pula berkata, setakat ini masih ada seramai 1 juta warga emas masih belum mengambil dos penggalak dan beliau menasihatkan agar mereka mengambilnya dengan segera.