MEDIA PANAS

Kes Langgar SOP di Nilai, Neelofa & PU Riz Dilepaskan Tanpa Dibebaskan

Sekali lagi pasangan romantis Malaysia Neelofa dan suaminya PU Riza tau nama sebenar Muhammad Haris Mohd Ismail telah mendapat perhatian netizen. Pasangan ini juga semenjak melansungkan perkhawinan mereka pada awal tahun lalu jarang berkongsi kisah perihal rumah tangga mereka. 

Tapi kali ini bukanlah isu rumah tangga seperti artis lain yang kita nak cerita tapi kisah viral mereka yang dikatakan telah pergi ke kedai karpet di Nilai sebarang surat pelepasan. Ramai netizen yang bengang dan menganggap Lofa dan PU Riz ni Pakai Kabel besar sampai dapat pelepasan ni sedangkan ini warga marhaen ni nak rentas negeri jumpa mak ayah di kampung pun disekat. 

Mereka berdua telah dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Seremban berikutan dengan tuduhan tentang isu melanggar operasi prosedur standard (SOP) untuk Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada Mei lalu.

Mereka berdua telah didakwa dengan Peraturan 19 iaitu Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (perintah pergerakan bersyarat) 2021, yang memperuntukkan denda tidak lebih dari RM50,000, hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali sekiranya disabit kesalahan.

Majistret Mohd Firdaus Saleh membuat keputusan tersebut selepas mendengar penjelasan dari kedua belah pihak pendakwaan dan pembelaan

Bukan itu sahaja, beliau turut memberitahu bahawa 21 Disember ini telah ditetapkan tarikh untuk perintah pelepasan dan pembebasan bagi kes tersebut.

Berikutan pertuduhan isu tersebut, sebelum ini Neelofa dan juga suaminya mengaku tidak bersalah selepas dikatakan tidak mengimbas MySejahtera malah tidak mendaftar secara manual untuk masuk ke kedai karpet tersebut.

 Majistret Mohd Firdaus Saleh membuat keputusan tersebut selepas mendengar penjelasan dari kedua belah pihak pendakwaan dan pembelaan.

Bukan itu sahaja, beliau turut memberitahu bahawa 21 Disember ini telah ditetapkan tarikh untuk perintah pelepasan dan pembebasan bagi kes tersebut.

Berikutan pertuduhan isu tersebut, sebelum ini Neelofa dan juga suaminya mengaku tidak bersalah selepas dikatakan tidak mengimbas MySejahtera malah tidak mendaftar secara manual untuk masuk ke kedai karpet tersebut.

Leave a Reply

%d bloggers like this: