Aktiviti Rentas Daerah Dan Negeri Tidak Dibenarkan Bermula Esok

Seperti yang kita ketahui esok merupakan hari pertama penguatkuasaan aktiviti rentas negeri dan daerah di seluruh negara sehingga 6 Jun 2021.

Menteri (kanan) Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa sepanjang tempoh terbabit segala aktiviti sosial, pendidikan dan ekonomi yang berkait dengan perhimpunan orang ramai, kesesakan adalah tidak dibenarkan sesama sekali bagi mengelakkan jangkitan Covid 19 ini.

Ianya termasuk juga dengan aktiviti rasmi, sosial dan aktiviti dalam kumpulan yang ramai oleh pihak swasta mahupun kerajaan.

Beliau juga memberitahu bahawa aktiviti merentas daerah di atas faktor kerja tidak memerlukan pelepasan PDRM. Sudah memadai surat pengesahan syarikat dan MITI.

Ini juga termasuk semua bazar Ramadan dan Raya yang berada dalam kawasan PKP akan ditutup selama 3 hari bermula hari Isnin sehingga hari raya.

Bazar Ramadan dan Bazar Raya yang terlibat dalam sistem Pengecaman Lokasi Panas (HIDE) pula akan ditutup selama tiga hari berkuat kuasa serta merta.

Stay Safe, Stay Home, Together We Fight Covid-19

Leave a Reply