Isu kebajikan Allahyarham Benjy dipersoal rakan selebriti.

Meskipun telah selamat dan dipermudahkan urusan pengebumian anak seni berbakat besar tanah air Allahyarham Benjy, namun masih terpalit cerita yang tidak sedap didengar tular dilaman sosial. Isu rakan selebriti mempersoalkan kebajikan arwah semasa didalam tahanan menjadi topik yang hangat dibualkan di laman sosial.

Isu ini telah diterangkan dan diberikan pendapat oleh adik Benjy sendiri , Inessa. Dalam pada itu, adik Benjy, Inessa menyatakan bahawa terdapat beberapa rakan seperjuangan Allahyarham yang turut menanyakan hal yang sama.

Inessa menyatakan isu kebajikan Allahyarham dipersoalkan diruangan facebook. Namun, setelah menerima kata-kata positif dari kebanyakan rakan sepejuangan abangnya, Innesa memilih untuk menutup ruangan komen itu. ‘Yang sudah itu, sudahlah. Hentikan perbuatan ini. Biar abang pergi dengan aman’. ujar Inessa mengenai isu yang hangat diperkatakan.

Ujar inessa tiada apa yang perlu disembunyikan. Keluarganya menerima baik semangat dari orang ramai .Disebabkan ramai yang meninggalkan kata-kata positif buat Benjy, wanita itu memilih untuk tidak menutup ruangan komen dan berharap hal tersebut boleh meredakan keadaan. Walaubagaimanapun, Inessa memilih untuk tidak berkongsi mengenai reaksi ayah mereka, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi buat masa ini mengenai apa yang berlaku. Diharap semua netizen dapat mendoakan kesejahteraan abangnya dan mereka sekeluarga.

Leave a Reply