MEDIA PANAS

4 Negeri Di Bawah PN Mungkin Guna Logo, Tema Hari Kebangsaan Berbeza?

Tular dakwaan bahawa empat negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) akan menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza untuk sambutan di peringkat negeri, berbanding menggunakan logo dan tema yang diumumkan di peringkat Persekutuan.

Menurut Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari, Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang berada di bawah pemerintahan parti itu berkemungkinan menggunakan logo dan tema alternatif yang dilancarkan sendiri oleh Pemuda PN.Jelasnya, logo yang diperkenalkan Pemuda PN ialah berbentuk bunga raya dengan lima kelopak yang menjadi bunga kebangsaan. Selain itu, logo tersebut juga mengambil elemen warna yang terdapat pada Jalur Gemilang dengan tema ‘Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera’.

“Logo ini adalah untuk sambutan rasmi Hari Kebangsaan PN sama ada digunakan dalam ucapan pimpinan (PN), khususnya peringkat Pemuda dan parti yang bernaung di bawah PN.https://ce144fb49f5ea932d0bb614e3f4df725.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-40/html/container.html“Kita juga tidak menolak kemungkinan kerajaan negeri yang berada di bawah PN juga akan menggunakan tema sama, cuma saya tak boleh bercakap bagi pihak kerajaan negeri.“Bagi Pemuda PN, kita akan cuba bertemu kerajaan negeri sebab mereka pasti ada persiapan masing-masing. Kalau belum terlewat, kita tidak menolak kemungkinan bertemu kerajaan negeri di bawah PN untuk guna tema dan logo yang sama (untuk sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri),”katanya kepada sumber.

Untuk rekod, tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 adalah ‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’. Manakala logo Malaysia MADANI akan diangkat sebagai logo rasmi, yang memiliki reka bentuk logo yang unik dan simbolik dengan ‘tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar Rukun Negara’.

Leave a Reply

%d bloggers like this: