Re-Energize 100% Fitfest, acara kecergasan paling
hangat di bulan Oktober, telah berakhir dengan penuh kemeriahan. Acara telah berlangsung
pada hujung minggu di Desa Park City Carpark 3, berdekatan Arkadia Plaza, Fitfest telah
dibanjiri dengan lebih daripada 3,500 peserta dari semua peringkat umur. Acara ini bertujuan
untuk mempromosikan kesejahteraan badan dan juga gaya hidup aktif, telah membuatkan
para peserta berasa bertenaga, bermotivasi, dan berinspirasi.
Acara tiga-hari ini memberikan para peserta peluang untuk melibatkan diri dengan pelbagai
jenis aktiviti kecergasan, termasuklah yoga, Zumba, high-intensity interval training (HIIT),
dan body combat yang telah diketuai oleh jurulatih-jurulatih kecergasan terkenal dari Fitness
First, Celebrity Fitness dan CHI Fitness. Sesi-sesi tersebut bukan sahaja memberikan
peluang untuk mengeluarkan keringat tetapi juga memupuk semangat kemasyarakatan dan
kemesraan di kalangan peserta.
Tambahan lagi, Re-Energize 100% Fitfest juga memaparkan kelas-kelas eksklusif yang
dihoskan oleh ‘influencer-influencer’ sukan terkenal seperti Jordan Yeoh, Maggy Wang, dan
Joey Tng. Para peserta telah berpeluang untuk belajar dari ikon-ikon kecergasan ini danjuga
dapatkan pandangan tentang teknik-teknik latihan dan perjalanan kecergasan peribadi
mereka.
UNTUK SIARAN SEGERA
Salah satu acara menarik adalah cabaran memanjat dinding batu. Peserta telah diuji untuk
kekuatan, ketangkasan dan ketahanan mereka di atas dinding batu canggih setinggi 5
meter, mencerminkan kuasa dan ketahanan bateri Energizer. Pengalaman mendebarkan ini
telah mendorong peserta ke aras baru, disamping menakluki cabaran di hadapan mata
mereka.
“Di Energizer, kami percaya untuk sentiasa kekal bertenaga. Seperti bateri kami yang
memastikan peranti sentiasa berjalan, kami ingin memberikan inspirasi kepada semua untuk
kekal bertenaga sepanjang masa di dalam hidup mereka melalui Re-Energize 100% Fitfest.
Acara ini memberikan platform untuk individu merangkul kesejahteraan fizikal, mengatasi
had mereka, dan bergembira dengan gaya hidup yang aktif. Kami gembira kerana dapat
menganjurkan acara sebegini yang dapat memotivasi dan memperkasakan para peserta
untuk mencari potensi mereka,” kata Diane Lee, Pengarah Perniagaan untuk Malaysia dan
Singapura, Energizer Holdings Inc.
Acara ini juga dijayakan melalui sokongan penaja-penaja. Para peserta menerima beg
hadiah bernilai RM 120 berisi barangan dari jenama-jenama terkenal seperti NIVEA,
Eucerin, F&N Ice Mountain, Berocca, 100PLUS, Urban Retreat Spa, Pressio dan banyak
lagi apabila mereka sampai ke Re-Energize 100% Fitfest. Para peserta juga berpeluang
untuk menikmati pelbagai makanan & minuman sepanjang hari di lokasi dari vendor-vendor
seperti Kee Nguyen, Nacholah, Kinori dan The Bao Guys.
Untuk informasi lebih lanjut mengenai Re-Energize 100% Fitfest, layari laman acara
Facebook Energizer. Ikuti Energizer di Facebook untuk kemas kini tentang acara menarik
pada masa hadapan.