MEDIA PANAS

Ain Edruce Dan Suami Kongsi Video Soraya

Selepas hampir dua minggu selamat melahirkan zuriat sulung, Ain Edruce dan suami, Amirul Hafiz akhirnya mendedahkan wajah puteri pertama mereka yang diberi nama Soraya.

Perkara tersebut disampaikan Ain menerusi saluran YouTubenya apabila memuat naik video dan kompilasi gambar anak mereka sejak hari pertama dilahirkan.

Jawab soalan2 peminat

Dalam video tersebut, Ain menceritakan journey sepanjang bersalin dan berpantang selepas bersalin.

Dia juga menjawab beberapa soalan daripada peminat yang dihantar menerusi Instagramnya. Antaranya Ain mengaku bahawa dia bersalin secara normal namun dibantu oleh epidural. Jadi, dia terlihat tenang sepanjang proses bersalin.

Dihujung video tersebut, Ain dan Amirul telah memuat naik gambar anak mereka yang sangat comel dan sedang tertidur.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan YouTube pengacara berkenaan dengan begitu teruja melihat bayi pertama pasangan ini.

Masing-masing memuji kecomelan puteri pertama mereka dan mendoakan agar membesar menjadi seorang anak yang solehah. Amin.

Ain Edruce selamat melahirkan anak pertama pada 19 Mei 2021 selepas berbelas jam di dalam wad bersalin.

Walau bagaimanapun, proses sepanjang bersalin terlihat mudah dan pengacara itu juga sempat beberapa kali memuat naik momen menunggu di aplikasi TikTok sehingga mendapat perhatian ramai.

Kredit: Ohmymedia

Sumber:Ā Ainedruce

Leave a Reply

Discover more from MEDIA PANAS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading