Akaun IG Milik Heliza “Kena Warning” Bakal Ditutup

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi antara selebriti yang lantang bersuara mengenai isu yang berlaku di Palestin, malah tidak berhenti memuat naik posting tentang perkara itu di media sosaial.

Susulan perkongsiannya itu, Heliza memaklumkan menerima amaran daripada pihak Instagram, serta beberapa posting telah diturunkan pihak Instagram kerana dilabel sebagai keganasan dan berbahaya.

“Kutip derma dan cakap the truth pun violence ka? LIVE pun kakja dah tak dapat buat. Hahaha takuit ler tu. koyaks ker tu. Hehehehe tak ada masalah tak ada masalah tak ada masalah. ALLAH kan ada . ?

“In sha Allah hingga TITISAN DARAHS TERAKHIRS AKAN KU PERJUANGKANS ISU UMMAHS! TAKBIR!!! Korang doakan media sosial kita semua still selamat untuk kita teruskan JIH4.D kita!,” tulisnya.

Bagaimanapun, Heliza berkata dia mempunyai caranya tersendiri bagi mengelakkan media sosialnya disekat iaitu dengan menggunakan bahasa ‘F’ atau perkataan yang samar-samar dan sukar dikesan pihak Instagram.

Kredit: Rotikaya

Leave a Reply

%d bloggers like this: