Mula mengorak langkah ke dalam industri hiburan seawal tahun 90-an sehingga
kariernya berkembang sebagai Pengurus Artis di Kartel Records, Yasmeen Zainal
telah bekerjasama dengan ramai bakat-bakat hiburan termasuk rapper yang telah
dinobatkan dengan pelbagai anugerah, penulis lagu dan produser, Altimet.
Setelah bekerja bersama selama 7 tahun, Altimet dengan tanpa sebarang
keraguan amat pasti bahawa bakat Yasmeen mampu untuk terus berkembang
daripada peranan semasanya.

Graduan Multimedia Kreatif tersebut telah berkali-kali menunjukkan kebolehannya – sebagai Produser Eksekutif untuk 3 albumnya, dua kali sebagai Pengurus Pentas untuk persembahannya di Anugerah Juara Lagu, sebagai Pengurus Jelajah untuk persembahannya di London dan di AS– kesemua ini dan pada waktu yang sama mendapatkan tawaran pengendorsan, mengendalikan penjenamaan dan pemasaran, dan juga bekerjasama dengan pihak media dan pelbagai syarikat global.

Ia merupakan keputusan yang sangat mudah bagi gabungan kuasa di belakang
kejayaan karier Altimet dan ‘The Last Altimet Show’ (yang merupakan konsert
terakhir Altimet, dan konsert penuh hip-hop pertama di Malaysia yang
menampilkan live band serta 20 artis lain) untuk terus berganding bahu dan
memulakan syarikat mereka sendiri, SVL TAN Management.