MEDIA PANAS

Amalkan Nilai Kehijauan dan Kitar Semula Sisa Elektronik Anda Dengan Vivo dan Erth

Bertekad untuk memudahkan usaha dalam mengurangkan sisa
elektronik di Malaysia, vivo Malaysia bekerjasama dengan Electronic Recycling Through Heroes (ERTH),
untuk memulakan Kempen Kitar Semula sisa elektronik dengan menyediakan platform yang sesuai
kepada rakyat Malaysia untuk mengitar semula sisa elektronik elektronik mereka tidak diingini demi
persekitaran yang bersih dan selesa.
Bermula dari 8 April hingga 30 April 2022, sempena Hari Bumi, vivo Malaysia menjadikan Kedai Utama
dan Konsep sebagai pusat pengumpulan untuk rakyat Malaysia menyumbang sebarang sisa elektronik
yang tidak diingini untuk dikitar semula. Sisa elektronik tersebut akan dikumpul oleh ERTH dan dikitar
semula sepenuhnya (100%) di pusat kitar semula kerajaan yang berlesen.
“Kami di vivo sedar bahawa sisa elektronik adalah suatu kebimbangan yang semakin meningkat di
seluruh dunia. Dengan kemajuan teknologi, kita juga perlu mempercepatkan pengurusan dan pelupusan
sisa elektronik kita, untuk memastikan kehidupan yang lebih baik dengan teknologi dan mencapai ‘Joy of
Humanity’. Kami ingin membuka ruang kepada rakyat Malaysia untuk mengitar semula sisa elektronik
dengan mudah dalam persekitaran yang selamat dan selesa, dan berharap melalui inisiatif ini rakyat
Malaysia boleh mengguna pakai amalan kitar semula sisa elektronik untuk masa depan yang lebih
cerah,” kata Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia.
Barangan sisa elektronik yang diterima di tempat pengumpulan tersebut termasuklah telefon pintar,
komputer riba, peralatan elektrik kecil seperti pembakar roti dan cerek elektrik, dan bateri terpakai. Untuk
memastikan semua butiran peribadi selamat, rakyat Malaysia digalakkan untuk mengalih keluar semua
akaun peribadi daripada peranti dan memulakan tetapan semula kilang untuk memastikan perlindungan
data maksimum.

Vtalent Business Sdn Bhd.
http://www.vivo.com/my
Untuk mengitar semula sisa elektronik, orang ramai hanya perlu ikuti langkah-langkah mudah dibawah:

  1. Kumpulkan semua sisa elektronik di rumah anda sendiri;
  2. Bawa semua barangan sisa elektronik anda ke Kedai Utama dan Konsep vivo terpilih;
  3. Tunjukkan sisa elektronik anda di kaunter dan masukkan ke dalam Kotak Kutipan Sisa Elektronik
    yang telah disediakan;
  4. ERTH akan mengumpul sisa elektronik untuk dikitar semula sebaik sahaja kotak telah diisi
    penuh.
    Kedai Utama dan Konsep vivo yang dipilih untuk inisiatif kitar semula ialah:
     Kedai Utama vivo, Pavilion KL
     Kedai Konsep vivo, Pavilion Bukit Jalil
     Kedai Konsep vivo, Central I-City
     Kedai Konsep vivo, Setia City Mall
     Kedai Konsep vivo, AEON Bukit Tinggi
    Untuk maklumat lanjut tentang Kempen Kitar Semula Sisa Elektronik, sila lawati laman Facebook rasmi
    vivo Malaysia.

Leave a Reply

%d bloggers like this: