Makin hari makin meningkat kes Covid sehingga semalam angka meningkat ke 6976 di mana angkat paling tertinggi buat masa ini. Ada juga segelintir rakyat Malaysia yang masih degil dan tidak patuhi sop.
Wanita bernama Nur Sakinah Kamarul Bahrin antara salah seorang anak yang sempat menguruskan arwah bapanya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir selepas disahkan positif Covid-19
Paling menyayat hati, Allahyarham sempat meminta tolong Nor yang bertugas sebagai doktor untuk tolong dia berwudhuk sebelum dimasukkan ke dalam ICU. Beruntung anaknya yang bertugas sebagai doktor kerana dapat bersama Allahyarham sehingga ke akhit hayatnya
Menerusi posting lain di Instagram sakinah_kb, dia memaklumkan yang bapanya meninggal dunia pada 22 Mei iaitu sehari selepas dimasukkan ke dalam ICU. Innalillah. Walaupun dengan hati yang berat, dia terpaksa redha dengan pemergian bapa kesayangannya itu