MEDIA PANAS

Angka Peningkatan Jangkitan Harian Naik Mendadak Sebanyak 6,806 Hari Ini

Angkat kenaikan hari ini mengejutkan kita lagi dengan peningkatan mendadak seramai 6,806 kes untuk hari ini tarikh 20 Mei 2021.

Kenyataan ini dinyatakan sendiri oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia di portal Facebook mereka.

Kenyataan ini juga telah dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham menerusi Twitter peribadinya.

Berdasarkan data yang dikongsi, Selangor masih lagi merupakan negeri dengan kes tertinggi sebanyak 2,277 kes diikuti Kuala Lumpur dengan 655 kes dan Johor 615 kes.

Bukan itu sahaja, Sarawak juga menunjukkan peningkatan yang mendadak dengan mencatatkan sebanyak 608 kes hari ini berbanding, 323 kes semalam

Leave a Reply

%d bloggers like this: