Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan yang akan datang ini, Astro telah bekerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan atau NGO, seperti Food Aid Foundation
dan MakanKongsi2.0 untuk menyumbangkan pek makanan keperluan kepada 800 keluarga golongan B40 di Lembah Klang sebagai sebahagian dari program #KitaTeguhBersama. Antara barang-barang makanan yang disediakan adalah seperti beras, tepung, gula dan banyak lagi. Barangan keperluan yang berjumlah 8 tan ini merupakan sumbangan ikhlas dari kakitangan Astro sebagai sebahagian dari inisiatif program sukarelawan yang dianjurkan syarikat. Terdahulu, pada awal bulan lalu, kakitangan Astro turut memainkan peranan masing-masing dengan menjayakan kempen #KitaTeguhBersama apabila mengambil bahagian dengan menjadi sukarelawan di salah satu pusat vaksinasi nasional (PPV) di Lembah Klang.
Pengarah Pemasaran dan Komunikasi, Kumpulan Astro, Tammy Toh, berkata: “Ini merupakan Hari
Kebangsaan dan Hari Kemerdekaan yang teramat istimewa buat kami, dan tema yang diangkat pula,
KitaTeguhBersama membawa maksud kita adalah lebih kuat dan baik bersama. Ia mencerminkan segala
nilai murni yang kita nampak di kalangan rakyat Malaysia dan boleh dijadikan asas utama untuk kita
kembali bersatu padu, baik semula dan berkembang di saat-saat sukar ini. Kami begitu teruja kerana
dapat bekerjasama dengan Food Aid Foundation dan MakanKongsi2.0 untuk membantu keluargakeluarga yang memerlukan di kalangan masyarakat kita.”

Astro telah melaksanakan beberapa inisiatif seiring dengan semangat #KitaTeguhBersama, dan ia
termasuklah:
• Membantu dengan menggalakkan rakyat Malaysia untuk menderma darah bersama Pusat Darah
Negara
• Menyokong kempen imunisasi kebangsaan dengan memperbanyakkan pengumuman khidmat
masyarakat atau PSA, menjadi sukarelawan di pusat-pusat PPV dan menyediakan perkhidmatan
Astro dan TV di pusat-pusat kuarantin seluruh negara
• Membantu golongan yang memerlukan menerusi program komuniti ‘KamiCare’
• Membantu golongan SME menerusi kempen ‘KamiCare MBiz’
UNTUK SIARAN SEGERA
• Menyumbang peralatan perubatan di hospital dan komputer riba kepada para pelajar dari
kelompok B40
• Terus menyampaikan informasi-informasi terkini, menghiburkan dan mengangkat semula
semangat di kalangan rakyat Malaysia dengan sajian kandungan di saluran-saluran komplimentari
sepanjang PKP, dengan seleksi drama tanpa henti, program-program ‘signature’ terkini, dan sirisiri original premium
• Memperbanyakkan kandungan berbentuk akademik bagi membantu kanak-kanak belajar dari
rumah Pengarah Operasi Food Aid Foundation, Neoh Kean Soon berkata: “Kami gembira apabila Team Astro turut serta dalam menjayakan program kami untuk menyumbangkan barang-barang makanan kepada masyarakat yang memerlukan. Kami bersyukur kerana rakyat Malaysia dilihat amat prihatin dan menzahirkan empati terhadap mereka yang kurang bernasib baik. Kami berharap agar lebih banyak syarikat akan tampil kehadapan untuk turut sama membantu kerana masih terdapat banyak lagi keluarga di luar sana yang memerlukan bantuan.”
Pengarah MakanKongsi2.0, Law Gin Kye berkata: “Setiap hari menerusi jaringan bantuan makanan
nasional kami, kami akan menghulurkan bantuan kepada lebih dari seribu penerima yang rata-ratanya memerlukan bantuan berbentuk makanan. Melalui pek sumbangan makanan Astro, ia membantu kami untuk membantu mereka yang memerlukan.” Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut bagaimana anda boleh menderma dan membuat sumbangan berbentuk makanan kepada komuniti yang terkesan, sila
layari laman Facebook dan Instagram Food Aid
Foundation dan MakanKongsi2.0.
