Penyanyi rock Bandi Amuk nampaknya gagal mengawal intonasi semalam dengan persembahan yang kurang menarik dan diputuskan untuk disingkirkan dari konsert minggu ke tujuh GegarVaganza musim ke lapan.
Datuk Syafinaz Selamat menyifatkan bahawa beliau tertarik dengan persembahan Bandi semalam dengan lagu yang agak sukar I Want to Break Free tapi beliau gagal menjadi intonasi persembanhan beliau dengan baik. Persaingan amat sengit kerana penyanyi-penyanyi yang bertanding pada musim ini amat bagus. “Anda memang istimewa dalam lagu dan muzik. Apabila orang dengar suara je dah tahu Bandi sebab dah memang trademark.
Saya suka persembahan ini. “Namun memandangkan ini adalah pertandingan, banyak elemen yang perlu kita pastikan betul. Pertama, intonasi main peranan yang sangat penting dalam pertandingan. Pada saya, abang kena dengar dan terbuka sedikit untuk pendengaran pada intonasi. “Kemudian semestinya isu diction atau kejelasan sebutan perkataan perlu diperbaiki,” kata Syafinaz

Penyanyi bersuara soprano Niki Palikat mendapat markah tertinggi semalam iaitu 72.30 manakala Aliff Aziz pulak dengan 71.90 serta Suki Low pulak dengan 69.70 dengan tempat ketiga tertinggi.