MEDIA PANAS

Banjir Kilat Selangor Dijangka Berlaku Esok

Setelah banjir kilat berlaku pada pertengahan bulan Disember lepas yang telah meragut hampir 50 nyawa, ramai mangsa yang masih lagi trauma. Pihak berkuasa meminta penduduk Selangor agar berjaga-jaga kerana berkemungkinan besar banjir kilat akibat air pasang bakal berlakuRabu esok pada jam 7.41 pagi.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Izham Hashim berkata, banjir kemungkinan berlaku sekiranya hujan berterusan dan ditambah pula dengan air pasang

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang Razif Mohmad Haris berkata, air pasang naik sehingga 5 meter maksimum berikutan air di sepanjang pantai lebih tenang dan tak menembusi ban yang diletakkan

Paras air juga kini dilihat berada di paras lebih rendah dari ban yang diletakkan dekat Jalan Syahbandar dan air pasang surut dengan cepat.

“Pegawai kami yang ditempatkan di pantai Pelabuhan Klang mendapati keadaan laut tenang dan tiada banjir besar,” katanya.

Sementara itu, pegawai daerah Klang Mohd Faizal Abd Raji berkata pihaknya telah mengingatkan mereka yang tinggal berhampiran dengan sungai dan kawasan pantai untuk sentiasa berwaspada jika hujan berterusan.

Orang ramai juga dilarang untuk menghampiri pesisiran pantai di daerah Kuala Langat buat sementara waktu atas faktor keselamatan

Kawasan yang ditutup adalah Pantai Kelanang, Pantai Morib, Pantai Batu Laut, Pantai Cunang, Pantai Harmoni Morib, Istana Bahagia Morib, Jeti Tanjung Sepat.

Diharapkan pihak yang tinggal di kawasan berkenaan ambil serius akan larangan ini dan semoga kita terus dilindungi daripada bencana banjir. 

Leave a Reply

%d bloggers like this: