MEDIA PANAS

‘Buat apa saya nak lindungi Musang King? Saya tak ada kepentingan’ – MB Kedah

Buat apa saya nak lindung Musang King? Saya tidak ada kepentingan apa. Musang King itu ditanam zaman sebelum saya, saya masuk (dalam kerajaan negeri) pokok itu dah ada. Saya nak kata fakta dan angka saja. Untuk berlaku adil kepada setiap orang…kita hanya selamat pegang fakta dan angka,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Pejabat Daerah dan Tanah Baling hari ini.

Beliau mengulas dakwaan yang kononnya kerajaan negeri gagal bertindak dalam isu ladang durian di Gunung Inas sehingga menjadi antara punca berlakunya bencana banjir yang menjejaskan 12 kampung serta meragut tiga nyawa, kelmarin

Selain itu, dalam laporan media semalam Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dipetik sebagai berkata mengharapkan projek tanaman durian itu dihentikan selepas ia didakwa sebagai antara punca kejadian banjir dan fenomena kepala air yang berlaku di daerah ini.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi mengharapkan orang ramai tidak terus membuat sebarang spekulasi berhubung punca bencana itu berlaku di Baling dan biarlah agensi mahupun jabatan berkaitan membuat penilaian terlebih dahulu mengikut kepakaran masing-masing.

“Buat penilaian berdasarkan kepakaran masing-masing Jabatan Geosains ada kepakaran dia, Jabatan Hutan ada kepakaran dia, JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) yang buat tadahan hujan ukur hujan semua dia ada kepakaran dia.

Mereka tak keluar laporan lagi pun, saya kena baca itu semua baru saya boleh bagi kenyataan. Tak sama pandangan netizen, kalau saya nak popular saya ikut la mereka (netizen), mereka akan sokong saya.

“…tetapi saya nak kepimpinan saya mesti berdasarkan fakta berdasarkan laporan rasmi jabatan dan agensi bila laporan tak dak lagi saya tak boleh cakap lagi, tunggu sat lah,” katanya.

Sumber: Bernama

Leave a Reply

%d bloggers like this: