MEDIA PANAS

CUTI: Kairos Villa, Negeri Sembilan. Percutian menarik untuk ketenangan

Mood bercuti masih menebal ni, mana taknye banyak tempat percutian masih lagi penuh.. so korang boleh cuba datang ke Kairos Villa ni.. Jauh dari hiruk pikuk kota gituuu… dekat je Negeri Sembilan je ok..

Kairos Villa, sebuah vila 4 tingkat yang indah dengan 8 bilik mandi terletak di Hutan Simpan Berembun, betul-betul di tepi bandar Seremban. Penginapan ini termasuk sarapan pagi dan kalau korang bernasib baik sempatlah datang ke musim buahan untuk aktiviti petik buah-buahan, . Terletak dengan selesa di atas paras laut, nikmati cuaca sejuk, udara segar dan pemandangan gunung Lembah Berembun yang indah. View dari setiap bilik akan mengadap ke bukit yang buat korang rasa tenang. Seriouslaaaaa hanya bunyi cengkerik, katak, burung dan unggas saja korang akan dengar ok… selain dari bunyi telefon korangla kot

Kairos Villa juga mempunyai teres yang bersambung di setiap tingkat dan korang akan terpegun dan mengagumi keindahan matahari terbenam yang menakjubkan, salah satu sebab utama mengapa Kairos Villa begitu popular di kalangan tetamunya! Pilihan bilik daripada bilik bersaiz queen yang luas dengan pemandangan bukit pakis yang menakjubkan atau bilik mesra keluarga untuk pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan. Bilik sangat bersih dan kami berkesempatan juga berjumpa dengan pembantu di sana sedang mengemas.. Mula-mula masuk bilik, kami terus wahhh wanginye bilik… so korang boleh fahamlakan cemana kalau pergi bercuti dapat bilik yang kemas dan bersih.. rasa tenang je jiwa…

Terdapat juga dapur di bahagian bawah dan ruang istirahat di vila. Korang akan di temani tuan rumah atau host Michael dan Sue yang sangat friendly. Diorang rajin bercerita tentang lokasi, apa yang menarik dan apasajela yang korang nak tahu. Kami sempat berborak panjang dengan Michael dan Sue ni, banyak kongsi pendapat dan tak bosanlaa. Tapi pada geng introverts jangan risau, diorang takan ganggu korang punya privasi pun..

Untuk makanan pula, pakej ini termasuk dengan breakfast, So host sendiri yang akan sediakan masakan untuk korang. Samaada Nasi Lemak atau korang nak western kind of breakfast je.. roti and telur la kan… Tapi untuk dinner kerana lokasi ni tak ada cafe, korang boleh beli atau grab food kan saja ke Villa ni. Di ingatkan untuk order sebelum pukul 5, sebab bila dah gelap ramai rider yang tak berani naik ke atas bukit kerana lokasinya di atas bukit.. bahayala untuk rider ni naik ke atas bukit.

So overall kami nak sarankan korang visit ke lokasi ini ok… . min kasi 9/10 untuk Kairos Villa.. Nak tengok lebih lagi klik video di bawah

Untuk tempahan: min share la kasi korang ok. klik je link bawah ni

https://www.booking.com/hotel/my/kairos-villa

Leave a Reply

%d bloggers like this: