MEDIA PANAS

Dos Panggalak Ke Empat Masih Dalam Kajian Tangani Omicron

Kegusaran seluruh dunia di mana mengenai situasi Pandemik akibat covid 19 masih belum berakhir, kini kita digegarkan dengan kewujudan dan penularan Omicron yang dikatakan mudah tersebar dan makin ganas, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang berusaha keras untuk mengekangkan penularan wabak terbaru ini.

Terkini, Kumpulan Teknikal KKM sedang mengkaji keperluan memberikan suntikan dos penggalak keempat, susulan ancaman penularan jangkitan Omicron.

Screenshot 2022 01 02 At 12.52.54 Pm

Berkata kepada Berita Harian Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin mengambil maklum tentang kajian pemberian dos penggalak Pfizer kepada penerima suntikan premier jenis Sinovac adalah tidak mencukupi bagi membendung jangkitan varian Omicron.

Menyedari akan situasi itu, kumpulan teknikal kementerian akan mengemukakan syor berkaitan kepada Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) selepas mendapat hasil dari kajian berkenaan

Screenshot 2022 01 02 At 12.53.09 Pm

Untuk rekod, kajian sekumpulan penyelidik dari Universiti Yale baru-baru ini mendedahkan bahawa suntikan dua dos vaksin Covid-19 jenis Sinovac diikuti dos penggalak dari Pfizer menunjukkan tindak balas imun yang rendah dalam melawan varian Omicron.

Menurut kajian itu, suntikan 2 dos dari varian dan disusuli dos pengalak dari Pfizer hanya menghasilak antibodi serupa dengan dua dos vaksin jenis mRNA, sekaligus menyaksikan tahap antibodi terhadap Omicron adalah 6.3 kali lebih rendah berbanding varian asal.

Leave a Reply

%d bloggers like this: