Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) baru-baru ini mengumumkan bahawa Malaysia akan
mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan bulan November, yang membawa kepada
kemungkinan banjir kilat besar di beberapa negeri, musim tengkujuh ini dijangka akan berlarutan
sehingga awal tahun depan.
Alpro Pharmacy, rangkaian farmasi preskripsi terbesar di Malaysia, secara proaktif ingin menyarankan
beberapa langkah berjaga-jaga, dari pandangan ahli farmasi komuniti, untuk penduduk di kawasan
yang terdedah kepada banjir.
Sebelum banjir:
• Pantau persekitaran anda dengan teliti untuk mendapatkan maklumat terkini tentang
ramalan cuaca dan amaran.
• Simpan bekalan bencana termasuk ubat-ubatan jangka panjang dan peti pertolongan cemas
dalam beg kalis air sekiranya berlaku pemindahan.
• Pesakit, terutamanya warga emas, yang menghidap penyakit kronik, dinasihatkan untuk
melawat farmasi terdekat mereka bersama-sama dengan ubat-ubatan kronik mereka untuk
menyimpan rekod di farmasi dan sediakan senarai ubat yang terkini.
Pesakit yang telah kehilangan preskripsi salinan mereka dan menghadapi kesukaran untuk
mendapatkan senarai ubat disnasihatkan supaya menyimpan sejarah ubat di farmasi komuniti
terdekat. Ubat-ubatan kronik, khususnya memerlukan pematuhan dan konsistensi untuk hasil
kesihatan yang optimum.
Selepas banjir:
Oleh kerana sanitasi dan kebersihan yang lemah di kawasan banjir, ia boleh menjadi pemangkin
kepada penyakit bawaan banjir seperti Leptospirosis, Taun dan demam Denggi. Mereka yang
terselamat daripada banjir harus memerhatikan simptom seperti demam, sakit kepala, cirit-birit, sakit
otot, dan muntah untuk mengenal pasti kemungkinan jangkitan. Sekiranya terdapat simptom
sedemikian, sila lawati pusat jagaan kesihatan berhampiran dengan segera.
Bagi mereka yang mempunyai ubat kronik tercemar atau dihanyutkan oleh banjir, Alpro menyediakan
bekalan sekali sahaja sehingga 7 hari secara percuma. Komuniti yang terjejas akibat banjir boleh
mengunjungi mana-mana daripada 200 cawangan Alpro Pharmacy di seluruh negara untuk berurus
dengan ahli farmasi dan mendapatkan butiran lanjut. Salinan laporan polis mengenai banjir diperlukan
untuk tujuan pengesahan.
Ubat-ubatan dan bantuan perubatan percuma adalah inisiatif di bawah Program Penjagaan Ubat-Ubat
yang menyelamatkan nyawa – komitmen Alpro dan DOC2US yang telah lama wujud untuk
menyediakan sokongan penjagaan kesihatan kepada komuniti yang terjejas akibat bencana alam.
Sebagai langkah berjaga-jaga, orang ramai dialu-alukan untuk menyimpan nombor telefon Talian
Khidmat Pelanggan kami 019-612 9006 untuk nasihat dan sokongan lanjut. Sebagai alternatif, anda
boleh menghubungi ahli farmasi profesional kami melalui talian hotline WhatsApp e-farmasi di 019-
702 1923.
Kekal kering, kekal selamat.