Cuaca panas-panas macam ni, memang best kalau dapat lepak dekat air terjun ke swimming pool ke dan sebagainya. Lagi best, kalau ada muzik yang syok untuk dilayan.
Untuk korang yang minat ke festival muzik, ni kitorang nak kongsikan tentang satu festival yang akan diadakan bermula dari 26 hingga 28 Mei nanti di Litar Antarabangsa Sepang iaitu Festival Air & Muzik, Out Of The World!
Inilah festival yang melibatkan air dan muzik yang terbesar pernah diadakan di Malaysia dan pastinya membariskan DJ popular seperti CHUKIESS & WHACKBOI, JOVYNN, NAHSYK dan SHERRY ALLYSA selain nama-nama besar dalam industri hiburan tanah air.
Chukiess & Whackboi
Chukie dan Brian Doroz, yang dikenali secara profesional sebagai Chukiess & Whackboi cukup dikenali kerana persembahan langsung yang penuh tenaga.
Diorang ni memang suka gabungan unik muzik progresif, psy, techno & trance yang kasar. Muzik mereka telah disokong oleh nama-nama besar termasuk Armin Van Buuren, Andrew Rayel, Ben Nicky, Blasterjaxx, Dimitri Vegas & Like Mike, Hardwell, Ruben De Ronde, W&W dan banyak lagi.
Diorang ni memang suka gabungan unik muzik progresif, psy, techno & trance yang kasar. Muzik mereka telah disokong oleh nama-nama besar termasuk Armin Van Buuren, Andrew Rayel, Ben Nicky, Blasterjaxx, Dimitri Vegas & Like Mike, Hardwell, Ruben De Ronde, W&W dan banyak lagi.
Jovynn
Kalau korang layan TikTok, pastinya kenal dengan Jovynn yang terkenal dengan mashup yang mengagumkan. Pada usia 20 tahun, dia telah mengeluarkan single sulungnya bersama Alex Iva, seorang DJ dan penerbit Ukraine!
NAHSYK
Selain itu, ada juga penampilan daripada DJ yang berasal dari Eurasia dan penerbit muzik yang tidak asing lagi di kalangan ramai ahli kelab di Kuala Lumpur, NAHSYK
Dia ni memang terkenal dengan persembahan hebatnya di Future Music Festival Asia, Red Room, Zouk Club Kuala Lumpur dan banyak lagi!
Sherry Allyssa
Digelar sebagai DJ paling serba boleh di Malaysia, Sherry Alyssa adalah yang antara yang terbaik dalam menggabungkan mashup setempat dalam setnya.
Pastinya, bukan sahaja ada 4 orang DJ ni je yang bakal membuat persembahan nanti, korang boleh tengok line up penuh yang akan diumumkan di Instagram @ootw.asia.
2.Sejukkan badan dengan permainan air!
Selain daripada muzik tadi, ini salah satu tarikan yang ada di festival berkenaan iaitu korang boleh bermain dalam taman tema air inflatable yang disediakan di sana.
Antara yang min rasa memang akan dapat sambutan ramai termasuklah zon permainan air yang terdapat 7 mainan utama kesemuanya!
Antara aktiviti yang best menanti korang dekat sana nanti termasuklah :
- Gelongsor setinggi 3 tingkat!
- Permainan berhalangan (ala ninja warrior tu)
- Perlawanan pistol air
Sumber: OOTW
Dekat sana nanti, korang jangan lupa ambil gambar banyak-banyak sebab dekat festival ni jugak nanti ada pancaran projektor ke dalam air yang katanya yang pertama dekat Malaysia!
Sumber: OOTW
Makin tak sabar rasanya.
3. Makanan! Makanan dan Makanan!
Apalah ertinya festival tanpa makanan ye tak? Bayangkan, dalam satu festival, ada lebih 40 tapak jualan makanan yang menawarkan makanan tempatan dan antarabangsa!
Kalau nak suruh senarai semua memang tak habis nanti perkongsian ni, cuma kalau nak senaraikan antara yang best, bolehlah korang cari dan try makanan berikut :
- Barbeque Seafood Thailand
- Satay Lok-lok Daging Wagyu
- Minuman dari The Alley
- Pelbagai jenis makanan berasaskan durian dari Dking dan macam-macam lagi!
Bila dah main air, enjoy muzik, mesti perut akan lapar kan? Jadi, bawaklah duit banyak sikit, atau sediakan je QR e-wallet korang tu.
Tak Sabar Kan? Jom Dapatkan Tiket
Sumber: OOTW
Kalau korang pergi ke laman web Out Of The World ni, ada dua kategori tiket iaitu pass 1-hari ataupun pass untuk 3-hari dan kalau korang tengok, pastinya pass untuk 3 hari lagi berbaloi, dan kalau beli secara berkumpulan pun korang dapat jimat banyak.
Sumber: OOTW
Untuk maklumat lanjut tentang Out Of The World Water & Music Festival, layari OOTW Asia. Jangan lupa follow diorang di Facebook dan Instagram untuk dapatkan update dari semasa ke semasa!
Jumpa dekat sana!