MEDIA PANAS

Gaya Aina Abdul Dikecam Terikut Budaya Barat, ini kata pereka fesyennya Salleh Hamid

Penampilan penyanyi yang juga merupakan juri tetap program Big Stage 2023, Aina Abdul sentiasa mencuri perhatian peminat dengan fesyennya yang di luar kotak.

Walaubagaimanapun, penyanyi ini mendapat kecaman netizen selepas dikatakan memakai turban serta busana berwana neon hijau yang menghalang pandangan penonton di Big Stage minggu kedua.

Terkini, Aina tampil dengan kelainan apabila menggayakan big bow dress merah jambu merah jambu rekaan Salleh Hamid ketika menghadiri Big Stage minggu 3. Antara kecaman netizen untuk rekaan minggu ke 3 ini

Jom kita tanya mengenai rekaan Big Bow Dress dengan pereka fesyennya Salleh Hamid. 

“Ceritakan tentang rekaan Big Bow Dress” 

Untuk di Big Stage, hasil rekaan mengikut perbincangan bersama stylist siapa lagi kalau bukan Abu Shaef Hamza dan juga Aina sendiri. Kami banyak membuat kerjasama sebelum ini dan ini memudahkan kami untuk bekerjasama sekali lagi di Big Stage.  Dari tema minggu “asmaraloka” terhasilah cocktail yang menyentuh element sweet & romantic ini. 

“Apakah kelainan yg ingin ditonjolkan? “

Pasti ada kelainan. Lebih- lebih lagi Aina Abdul satu nama yang sentiasa tampil dengan imej yang berani & “attractive”. Kelainannya pada tiap pereka yang terpilih untuk hasilkan satu pernampilan yang baru. Untuk task di Big Stage ini, saya difahamkan akan ada barisan-barisan pereka lain juga yang akan menyiapkan penampilan Aina tiap minggu. Jadi selain dari silhouet yang berbeza, saya perlu letakkan sedikit element expertise dari brand “Salleh Hamid” dalam design minggu ini. Bagi memberi perbezaan dengan pereka lain dan sebagai pereka dapat menonjolkan “signature” pereka.

Kalau perasan, ada kesinambungan dari “look” lain yang pernah disarung Aina sebelum ini.

“Kenapa memilih kolaborasi Bersama Aina Abdul ? “

Ini bukan pilihan tapi ini satu “celebration” bagi saya. Kerana terpilih sebagai salah satu dari mungkin 10 pereka untuk 10 minggu Aina Abdul di Big Stage. Satu peluang besar pada saya. Saya juga sangat mengagumi kerjasama dan kesungguhan team belakang tabir Aina kerana kami amat mementingkan kualiti yang dihasilkan. 

“Apakah dah bersedia untuk hadapi kecaman netizen?

Bidang ini adalah ruang kerjaya dan tempat berkarya & berseni. bukan peluang bersuka-suka menghabiskan masa lapang. Jadi saya ada cara untuk menukarkan posisi negatif kecaman kepada lebih membina & positif. Sejujurnya saya sukar untuk ambil “serious” dengan kecaman. Mereka hanya menggunakan peluang untuk meluahkan komentas mereka yang bersahaja. Sebagai manusia saya juga nak buat yang terbaik & sempurna, Tapi sebagai manusia saya juga ada kilafnya yang tak lari dari melakukan kesilapan yang mungkin terlepas pandang atau kesalahan dari sisi pandangan yang lain.

“Kenapa suka reka pakaian yang luar dari kotak dan unik?”

Dalam rekaan pakaian terdapat berapa kategori dan kelas jenis rekaan, fesyen juga trend. Bagi setiap pereka pula mempunya signature & expertise tersendiri. Peluang yang saya dapat dari Aina Abdul sebenarnya sudah 10 tahun saya menunggu kehadiran bintang sebegini muncul dalam industri persembahan di Malaysia. Ini adalah satu anugrah dari yang Esa untuk saya. Jadi ini peluang untuk saya mengenegahkan “expertise” yang ada. Bagi saya rekaan sebegini seumpama satu “booster” untuk saya terus kreatif dan relevant dalam industri fesyen. 

“Siapa selebriti Malaysia yg pernah menggayakan rekaan Salleh Hamid”?

Selain Aina Abdul? Saya bermula dengan Ifa Raziah,  Stacy, Ayda Jebat ,Jaclyn Victor dan beberapa lagi personaliti tanah air.

“Pesanan untuk penggemar fesyen di luar sana?”

Teruslah menyokong hasil kerya pereka fesyen tanahair… Spread Love guys !! 

Leave a Reply

%d bloggers like this: