MEDIA PANAS

“Gunakan Akal Anda..” – Suami Baru Fatin Afeefa Rakam Adam Shahz Di Mahkamah

Di saat Fatin Afeefa melangsungkan perkahwinan dengan Aliff Awang bulan lalu, bekas suaminya, Adam Shahz sempat memberi amaran agar aktres berkenaan tidak lupa tarikh perbicaraan mahkamah mengenai tuntutan hak penjagaan anak mereka, Ivy Herra Sophia. Pada tanggal 26 Januari hari ini, sebentar tadi mereka telah selesai menjalani prosiding pertama.

Usaha pihak wartawan menemubual Fatin tidak berjaya kerana dia cuma mahu berhubung melalui peguamnya sahaja. Lengkap berjubah hitam, pelakon filem ‘Tentang Bulan’ ini hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam ditemani suami barunya, Aliff Awang a.k.a Opai.

Tidak mahu pertalian seorang ayah dan anak berakhir, ia menjadi sebab mengapa Adam Shahz akan berjuang habis-habisan untuk hak jagaan Ivy. Tambahnya lagi, hingga sekarang dia sendiri tidak tahu lokasi keberadaan Ivy. Hal ini kerana, pihak keluarga Fatin dikatakan sudah menyekat nombor telefon sekali gus memutuskan medium 2 beranak ini berhubung.

Maklumat daripada pihak tertentu mengatakan Ivy sepertinya sudah dihantar ke sekolah berasrama. Jika gagal mendapat hak jagaan daripada pihak mahkamah pada sebutan semula 28 Februari nanti, Adam tidak mengharap lebih.

Tinjauan ke TikTok Story 3 jam lepas pula menyaksikan suami baru Fatin sempat merakam kelibat Adam Shahz yang hanya bersendirian menghadiri prosiding. Terlihat juga Opai membaca kata-kata hikmah yang berada di dinding ruangan mahkamah dan zoom ke arah pelakon ‘Juvana’ tersebut.

Leave a Reply

%d bloggers like this: