QSR Trading Sdn Bhd (QSRT), salah satu saluran pemasaran dan perdagangan di bawah QSR Brands, (pengusaha rangkaian KFC dan Pizza Hut Malaysia), hari ini memperkenalkan produk terbaharu HACO SUISS ‘Culinary Dry Mix’ iaitu keluaran HACO Asia Pacific Sdn. Bhd.
HACO SUISS ‘Culinary Dry Mix’ ialah satu inovasi yang dihasilkan untuk meningkatkan
keseronokan memasak di rumah dengan cara yang mudah, fleksibel, dan pelbagai guna. Produk
HACO SUISS ‘Culinary Dry Mix’ ini di adun daripada bahan-bahan segar, lazat, berkualiti dan
sihat yang dapat mempertingkatkan rasa masakan di rumah.

HACO SUISS, merupakan pengeluar makanan premium terkemuka di Switzerland, sejak 1922
telah menghasilkan ‘Culinary Dry Mix’, sejenis stok masakan yang terdapat dalam tiga perisa,
iaitu Stok Ayam, Stok Berperisa Daging Lembu dan Sup Udang Karang.
“Apa yang unik tentang stok masakan ini adalah ia merupakan pilihan yang lebih sihat, kerana
TIDAK mengandungi bahan-bahan seperti; MSG, lemak trans, pengawet tambahan serta
pewarna tiruan. Stok Masakan HACO SUISS ini diperbuat sepenuhnya daripada bahan-bahan
asas yang segar dan berkualiti. Ianya mudah untuk digunakan didalam masakan dan mempunyai
kesesuaian untuk pelbagai olahan hidangan. Ia juga mampu mengelakkan pembaziran. Selain
menikmati makanan yang sihat, rangkaian stok masakan HACO SUISS juga menjuruskan
kepada kepentingan makanan berkhasiat dan pengambilan diet yang seimbang dengan cara
penyediaannya yang cepat dan mudah,” kata Pengurus Besar QSR Trading Sdn. Bhd. Encik
Chan Chong Thye.
“Sejak tahun 1922 lagi, HACO SUISS secara konsisten telah menghasilkan produk pilihan
premium, berkualiti dan lebih sihat di pasaran, kerana HACO SUISS peka dan berinovasi di dalam
memenuhi keperluan dan keinginan pengguna setia mereka. HACO SUISS menyedari bahawa pengguna di rantau Asia Pasifik mempunyai citarasa yang luas dan gemar dengan makanan yang
menyelerakan, justeru permintaan yang meningkat terhadap produk-produk yang terbaik,
contohnya, produk-produk yang mempunyai kolaborasi dengan Chef atau yang boleh memberi
inspirasi untuk menghasilkan resipi dan masakan setanding chef, semakin menjadi tumpuan
orang ramai pada masa kini”.

Dengan slogan “Menjadikan setiap hidangan biasa lebih istimewa”, QSRT mengesyorkan
pelanggan mereka untuk menggunakan produk HACO SUISS yang merupakan pilihan yang lebih
sihat, lebih mudah dan lebih kualiti.
“Sup udang karang dikenali sebagai hidangan mewah yang jarang disediakan di rumah, tetapi
kini, dengan Sup Udang Karang HACO SUISS, sesiapa sahaja boleh menikmati citarasa yang
lazat ini, dengan menyediakannya sendiri di rumah. Produk HALAL pertama dan satu-satunya
produk seumpamanya di pasaran runcit di Malaysia, Sup Udang Karang ini telah menerima
Anugerah Inovasi Masakan 2021 oleh Persatuan Ahli Kulinari Profesional, Malaysia.”
“Stok Ayam pula diperbuat daripada daging ayam asli dan tidak menggunakan ayam GMO. Ia
tidak mengandungi pewarna tiruan dan bahan pengawet tambahan di dalam ramuannya. Untuk
Stok Berperisa Daging Lembu, walaupun mempunyai rasa daging lembu yang asli, ianya tidak
menggunakan walau sedikit pun daging lembu, justeru menjadikannya pilihan yang sesuai untuk
golongan vegetarian. Sesuai untuk mereka yang ingin menikmati semangkuk sup daging atau mi,
tanpa pembabitan daging,” tambah Encik Chan.

Harga jualan bagi Stok Ayam HACO SUISS 100g ialah RM5.90 sebungkus, sementara harga
bagi Stok Berperisa Daging Lembu HACO SUISS 80g dan Sup Udang Karang HACO SUISS 60g,
masing-masing berharga RM6.30 sebungkus.
Produk HACO SUISS ‘Culinary Dry Mix’ boleh didapati di pasaraya-pasaraya besar atau
sederhana, dan melalui platform atas talian, Shopee dan Lazada mulai bulan Januari 2022.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web QSRT di http://www.qsrtrading.com.my