MEDIA PANAS

Havaianas,Flip Flop nombor 1 Brazil, Kini Di Pavilion


Havaianas, jenama yang telah membina warisannya sebagai Flip Flop ikonik buatan Brazil
telah membuka kedai utamanya di Pavilion Kuala Lumpur. Sejak tahun 1962, jenama
Havaianas telah berkembang sehingga menjadi terkenal sebagai salah satu ikon Brazil. Reka
bentuk di kedai terbaru ini yang sesuai untuk Instagram memaparkan pokok kelapa yang
dibuat dengan tali Havaianas dan juga slogan Let’s Weekend buat kali pertama sebagai taktik
untuk menarik perhatian orang bandar.

Havaianas bangga bekerjasama dengan selebriti serantau untuk mendorong gaya hidup “Lets Weekend”.

Havaianas bertujuan untuk menunjukkan bahawa anda boleh memiliki gaya dan keselesaan tidak kira siapa anda atau apa yang anda pakai. Oleh itu, Havaianas dengan bangga
mengumumkan Nelydia Senrose dan Fatin Afeefa dari Malaysia sebagai sebahagian daripada skuad Havaianas antarabangsa bersama Luna Maya dari Indonesia. Sebagai jenama flip flop nombor 1 di Brazil, memang sesuai Havaianas memulakan pengembaraan ini di tanah asalnya, Brazil. Selama seminggu pada awal tahun 2020, Havaianas skuad mengembara di kota Sao Paolo yang berwarna-warni sebelum mengakhiri di bandar persisiran pantai yang
terkenal, Rio De Janeiro.

Di sinilah, skuad Havaianas bertemu dengan para pengarah Havaianas
antarabangsa di kedai Havaianas yang terbesar di dunia di Sao Paulo untuk mengenali dengan lebih dalamnya sejarah dan etos Havaianas sebelum dibawa ke Rio untuk menikmati pemandangan ikoniknya Bersama malam bersamba. Aktiviti di Brazil ini merupakan kali pertama Havaianas menghantar skuadnya untuk menikmati pengalaman Bersama jenama
Havaianas. Walaubagaimanapun, Havaianas berharap untuk mengadakan pengalaman
sebegini dengan lebih kerap di masa depan.

Nelydia, Fatin dan Luna adalah sebahagian daripada skuad APAC Havaianas yang lebih besar termasuk Cecilia Song Yanfei dari China, Jarinporn dan Joss Way-er dari Thailand, Jessica Mila Agensia dan Verrell Bramasta Fadilla dari Indonesia. Perluasan skuad mencerminkan peluang besar untuk memperkenalkan pelanggan kepada konsep baru dalam flip flop sebagai aksesori fesyen yang baru sambil membina hubungan aspirasi dan emosi yang kuat.


Gaya Nelydia Senrose yang lembut menjadikan Nelydia sangat sesuai untuk menjadi duta
untuk kolaborasi Swarovski – sorotan utama pelancaran kedai Pavilion. Dengan mengambil
inspirasi oleh ciri-ciri alam semesta, Havaianas bekerjasama dengan Swarovski untuk
mengembangkan gaya baru, menghasilkan perhiasan yang nyata untuk menyinari jiwa anda.

Muat turun foto produk beresolusi tinggi di sini: https://bit.ly/3fWewVs
Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lawati:
https://www.facebook.com/havaianasmalaysia & @havaianasmalaysia

Kedai Havaianas (offline)
Pavillion 5.08.02, Level 5 +60 12-577 0684
Mid Valley Mall FK-05, Level 1 +60 12-577 0542
Sunway Velocity G-29, Ground Floor +60 12-577 0619
Sunway Pyramid G1.97A, Ground Floor +60 12-577 0627

Kedai Havaianas (online)
LazMall https://www.lazada.com.my/shop/havaianas/
Shopee https://shopee.com.my/havaianas.os

Leave a Reply

%d bloggers like this: