MEDIA PANAS

Honda Malaysia panggil semula model City, City Hatchback, HR-V dan BR-V

Petaling Jaya: Honda Malaysia memanggil semula 1,527 unit model kenderaan mereka terdiri daripada City, City Hatchback, HR-V dan BR-V.

Untuk situasi A iaitu pemeriksaan nut tork pada Penjana Arus ulang-alik (ACG) ia melibatkan model City tahun pembuatan 2021 dan City Hatchback (2022).

Situasi B ialah pemeriksaan kekekatan skru ‘earth grounding’ yang melibatkan model Honda HR-V (2020) dan BR-V (2021).

Langkah ini perlu diambil bagi langkah keselamatan dan berjaga-jaga untuk memeriksa pengetatan nut pada terminal ACG enjin ‘harness’ dan skru ‘earth grounding’. 

Menurut Honda Malaysia, terminal sentuhan dan bateri yang lemah boleh menyebabkan berlakunya enjin terhenti semasa memandu atau tidak dapat menghidupkan enjin selepas kereta berhenti. 

Honda Malaysia memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh pelanggan yang terjejas dan menjelaskan bahawa semua model pengeluaran dan jualan semasa tidak terjejas dalam panggilan semula produk ini.

Sehingga hari ini, tiada insiden kemalangan atau kecederaan yang disebabkan oleh isu ini dilaporkan dalam Malaysia.

Honda Malaysia memutuskan panggilan semula produk ini perlu kerana keselamatan pelanggan Honda adalah keutamaan utama mereka dan akan terus mengekalkan ketelusan dan kawalan kualiti yang ketat untuk pelanggan.

Semua pelanggan yang terjejas akan dimaklumkan melalui surat pemberitahuan serta butiran lanjut mengenainya. 

Honda Malaysia menggesa semua pelanggan yang terjejas untuk menghubungi mana-mana pusat pengedar sah Honda terdekat untuk janji temu selepas menerima notis pemberitahuan.

Kenderaan akan diperiksa serta dibaiki jika perlu, tertakluk kepada ketersediaan alat ganti.

Pemeriksaan, pembaikan dan penggantian bahagian yang terjejas adalah percuma dan semua kos

berkaitan aktiviti panggilan semula ini akan ditanggung oleh Honda Malaysia.

Pemilik kenderaan boleh mendapatkan maklumat atau menyemak status kenderaan mereka dengan menghubungi nombor Bebas Tol Honda Malaysia di 1-800-88-2020.

Leave a Reply

Discover more from MEDIA PANAS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading