MEDIA PANAS

Ibu Usia 97 Tahun Punyai 16 Anak Ditinggalkan Sendirian, Hanya Bertemankan Haiwan Peliharaan

Dalam usia 97 tahun, apalah yang mampu dilakukan oleh seorang wanita yang bergelar ibu. Hidup sebatang kara dan ditinggalkan sendirian, walaupun mempunyai anak yang ramai.

Benarlah apa yang dikatakan, seorang ibu sanggup bersusah payah menjaga anak-anak. Tapi seorang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu. Sanggup ibu tua ini dtinggalkan sendirian dan menghabiskan sisa hidup dengna ditemani oleh haiwan peliharaan

Paling menyedihkan bila ibu ini memberitahu anak-anaknya pun tidak tahu sama ada ibunya ini masih hidup atau tidak

Paling menyedihkan bila ibu ini memberitahu anak-anaknya pun tidak tahu sama ada ibunya ini masih hidup atau tidak

Kisah ini, seorang ibu bernama Isabel Mendez Jimenez yang berumur 97 tahun, tinggal di ladang Oaxaca yang terletak di Mexico bersama salah seorang cucunya. Dalam usia begini, dia masih lagi bekerja untuk menyara dirinya

Luarannya nampak dia masih lagi kuat, mampu memasak dan menjaga rumah tangganya tetapi dalam hati, emosinya sangat hancur.

“Saya mempunyai 16 anak tetapi saya lebih sepi berbanding sebelum ini.”

Dalam temubual oleh wartawan tempatan, ibu tua ini berkongsi kisah sedihnya yang ditinggalkan keluarga sendiri

Saya mempunyai lapan anak lelaki dan lapan anak perempuan. Mereka semua sudah berkahwin dan melupakan saya

Satu-satunya yang datang bertemu dia ialah cucu lelaki yang berusia 23 tahun yang hanya datang menjenguk pada waktu petang setelah pulang dari menjual bakul dan memberikan sedikit wang. Namun, cucunya itu mengalami masalah ketagihan alkohol.

“Pada hari saya mati, mereka akan menguburkan saya” lebih baik di sini saya mati seperti yang saya mahu Saya sudah berada berhampiran kuil Anak perempuan saya berkata dia akan meminta sokongan orang ramai, itulah hidup saya,” tambahnya sambil melihat kamera dengan sedih

Kehidupan Isabel sekarang hanya bergantung kepada wang yang diperolehi daripada hasil menjual pakaian di tepi jalan. Selain itu, dia turut menanam kacang tanah dan cili yang dijadikan sos untuk menggalas perut.

Isabel turut menceritakan tentangkisah silamnya yang mana dia menjadi balu ketika berusia 33 tahun. Waktu ia dia bekerja di Mexico dan Chicago untuk menghantar duit kepada orang tuanya di kampung dan menyara anak-anaknya. Kehidupannya sangat sederhana dan anak-anaknya hanya belajar sehingga darjah 6 saja.

Leave a Reply

Discover more from MEDIA PANAS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading