MEDIA PANAS

Instafamous Dicekup Adakan Open House Dan Tarian Kurang Sopan

Seorang instafamous dicekup atas tindakan menempah sekumpulan penari untuk memeriahkan sambutan rumah terbuka Aidilfitri di Centralwalk I-City, Shah Alam pada hari minggu yang lepas

Tarian separuh bogel

Influencer yang juga merupakan pengasas kosmetik, Cik Lala berusia 27 tahun itu ditahan selepas pihak polis menerima laporan daripada pengurus Badan Pengurusan Bersama (JMB) apartmen berhampiran berhubung insiden tarian separuh bogel penari dan pembakaran bunga api.

Video tersebut turut tular di TikTok dan mengundang kemarahan orang ramai. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, kejadian itu berlaku pada Jumaat lalu kira-kira jam 8 hingga 11.30 malam di sebuah dewan aras bawah Centralwalk I-City.

Tambahnya sekumpulan penari melakukan tarian separuh bogel bersertakan muzik yang kuat. malah ada pembakaran bunga api di kawasan awam berhampiran rumah penduduk.

“Penganjur program itu dikenali dengan panggilan Cik Lala telah menyewa unit berkenaan pada harga RM4,000. Ini adalah bagi majlis hari raya dengan mempunyai jemputan kira-kira 50 orang kenalannya.”

Leave a Reply

%d bloggers like this: