
Penyanyi, Kaka Azraff sebelum ini mengumumkan pada media tempatan bahawa dirinya kini sedang hamil anak ketiga serta usia kandungannya sudah mencecah enam bulan.
Kongsi ‘Baby Bump’ Di TikTok
Menerusi video yang dimuatnaik di Tiktok, Kakadilihat menunjukkan baby bump miliknya yang kini sudah memasuki trimester kedua dan bakal menimang cahaya mata lelaki pada Jun depan.
” No 3 coming 🤰🏻 #pregnant.”-Kapsyen Kaka di TikTok
Dihujani Ucapan Tahniah & Doa
Perkongsiannya itu mencetuskan rasa teruja di kalangan peminat dan rakan selebriti tempatan. Manakala ruangan komen juga mula dihujani dengan ucapan tahniah dan doa buat ibu kepada 2 orang anak ini.
“Omg! Congratulations baby girllll.”-Shila Amzah
“Kaka ni cam Rihanna lah, tau-tau je mengandung.”
“Congrats Kaka on your successful career and pregnancy.”
“Tahniah Kaka. Semoga sihat selalu. Doakan kami juga..”
“Tahniahh.”
“Comelnya babybump.”
“Pregnant pun cantik, Aku dah macam hantu kak limah 😂.”
“Kaka u patut guna lagu Rihanna!.”
“Omg baby girl InsyaAllah. Tahniah-tahniah. Semoga dipermudahkan ssegala urusan.”
“Tahniah Kaka. Pregnant comel je, kalau saya hampeh 😂😂.”