Bukan benda baru pada kita bila sedang memandu atau berjalan di kaki lima kita didatangan dengan peminta sedekah atau peniaga menjual produk seperti tisu, kekecangan atau sebagainya.
Kebiasaannya kita akan ternampak golongan ini merupakan “orang luar” ataupun pendatang asing. Tidak kiralah mereka ini golongan dewasa atau kanak-kanak. Adakah golongan ini merupakan sindiket atau adalah mereka ini mempunyai permit yang sah berada di negara kita ini? Di manakan penguatkuasa atau badan yang bertanggung jawab? adakah dibenarkan aktiviti seperti ini di negara kita. ini merupakan pertanyaan yang selalu berlegar di kepala kita.
Meskipun ramai yang mengatakan peminta sedekah ini adalah sebahagian daripada sindiket, namun ia tidak menjadi paksaan jika korang nak beri duit kepada mereka atau tidak.
Pun begitu baru-baru ini, tular sebuah video di Facebook yang memaparkan gelagat dua orang budak peminta sedekah yang didakwa seakan-akan mengugut pengguna jalan raya.
Menerusi video itu, korang dapat lihat perakam video ini di dalam kereta ini didatangi oleh dua orang budak kecil semasa berhenti di traffic light dekat sebuah jalan di Cheras.Sumber: Facebook
Salah seorang budak telah pergi ke tingkap sebelah pemandu dan mengetuk pintu serta tingkap berkali-kali sambil membuat gaya seakan-akan mengugut pemandu memberikannya wang. Uish gangster betul!
Menurut kapsyen di video juga, budak-budak ini telah menerima wang berjumlah RM10 dan RM50.Sumber: Facebook
“Kalau aku jadi kau, aku tarik masuk kereta terus bawa balai”
Gaya ala gangster yang dipamerkan budak-budak berkenaan telah mengundang rasa marah dan kurang senang netizen.
Rata-rata berharap pihak berkuasa dapat menangkap kanak-kanak tersebut dan memberi pengajaran yang sewajarnya kepada mereka kerana mereka masih kecil dan mungkin tidak faham dengan kesan dari tindakan yang mereka lakukan.