MEDIA PANAS

Kini Wanita Boleh Menunaikan Haji Dan Umrah Tanpa Mahram

Telah menjadi tanggungjawab semua umat Islam untuk menunaikan haji di Mekah apabila sudah  berkemampuan.

Selama berpuluh tahun, Arab Saudi meletakkan kewajipan bagi kaum wanita yang ingin menunaikan ibadah haji dan umrah untuk membawa mahram ke tanah suci itu.

Pun begitu, baru-baru ini, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Tawfiq bin Fawzan Al-Rabiah mengumumkan bahawa wanita yang datang ke Arab Saudi kini boleh menunaikan haji tanpa mahram, atau penjaga lelaki.

Pexels Haydan Assoendawy 2895295

Menurut laporan Arab News, Penasihat Perkhidmatan Haji dan Umrah, Ahmed Saleh Halabi pula berkata, walaupun ia telah dibenarkan, tetapi wanita yang ingin melakukan ibadah tersebut harus ditemani “wanita yang boleh dipercayai atau syarikat yang selamat” untuk menunaikan haji atau umrah.

Leave a Reply

%d bloggers like this: