MEDIA PANAS

Kumpulan Res2 kembali aktif di media sosial setelah lama menghilang

Siapa tak kenal kumpulan Res2 yang pernah menyinari dunia hiburan tanah air suatu ketika dahulu di zaman 90’an

Kelincahan tarian dan persembahan mereka masih segar di fikiran kita semua. Untuk Gen z mungkin tak berapa kenal siapa Baby Arin, Erin, Yati dan Ummi tapi ketahuilah sebelum wujudnya girls group De Fam, Dolla dan lain-lain, Res 2 pernah menjadi igauan gadis remaja dahulu.

So to milenials korang ingat tak filem Drama muzikal Gemerlapan yang dibintangi oleh seluruh ahli kumpulan Res 2, Lan A to Z, Alllahyarhamah Maya Matahari, Eisya, Shafi Khan dan Sham Visa? Pasti korang tersenyum teringatkan kisah percintaan dalam filem arahan Abdul Razak Mohaideen pada tahun 1997 itu

Lama rasanya kumpulan Res 2 hilang dari radar industri tanah-air. Adakah kerana merajuk? Atau masing-masing sibuk dengan urusan keluarga sendiri?.

Semalam Jam 9 malam min telah dikejutkan dengan sebuah Live di aplikasi platform tiktok di mana Kumpulan Res2 telah membuat kemunculan di aplikasi tersebut. Rata-rata kemunculan mereka buat julung kali di media sosial telah memberi ubat rindu kepada peminat kumpulan tersebut.

Dapat dirasakan dari komen-komen yang di hantar oleh peminat rata-rata mahukan kemunculan kumpulan Res2 semula. Walau bagaimana pun keputusan tersebut belum lagi diputuskan oleh mereka secara rasmi. Kita nantikan la yer

Sempat juga Baby Arin menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai masalah untuk kembali ke industri muzik semula kerana perasaan rindu yang mendalam untuk membuat persembahan seperti dahulu memang tidak dapat dinafikan tetapi perlu akur zaman sudah berubah dan tidak pasti sekiranya mereka masih mempunyai peminat

Katanya salah seorang anggota mereka kini menetap di Netherland?? betul ke? baby Arin kini di Johor Bharu ?

So pada korang yang rindu pada kumpulan Res2, boleh follow perkembangan mereka di aplikasi tiktok seperti di bawah ok…

Leave a Reply

%d bloggers like this: