MEDIA PANAS

Lima Destinasi Merdeka Yang Paling Popular

Bersiap sedia, penggemar makanan sekalian! Untuk meraikan Hari
Kemerdekaan yang kian menjelang, platform pelancongan digital Agoda memberikan tumpuan
istimewa kepada dunia kulinari Malaysia yang meriah. Bersedialah untuk memulakan
pengembaraan memburu makanan ke lima destinasi utama Merdeka yang menjadi pilihan ramai.
Makanan, sebuah bahasa universal yang menyemarakkan perpaduan dan menyatukan orang ramai,
memainkan peranan yang utama dalam masyarakat majmuk Malaysia. Agoda memahami kepentingan
makanan dalam menjadikan sebuah perjalanan satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan. Dan
Merdeka ini, marilah kita sertai “kegilaan meleleh” untuk meneroka kepelbagaian makanan yang
menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik. Idamkan destinasi makanan yang terbaik? Agoda telah
mengkaji data tempahannya untuk menyenaraikan 5 lokasi domestik yang teratas untuk percutian hujung
minggu Merdeka, lengkap dengan cadangan hidangan untuk dicuba dan tempat penginapan yang
menarik.


“Kami sedari bahawa cara menawan hati seseorang adalah melalui makanan, dan warga Malaysia juga
tidak terkecuali dalam hal ini,” kata Cleland Robertson, Pengarah Negara, Malaysia dan Brunei, Agoda.
“Di Agoda, misi kami adalah untuk memberi inspirasi kepada pelancong untuk memulakan perjalanan
yang menarik dan menemui pengalaman baharu. Dan dalam kes ini, cita rasa baharu. Melalui senarai
destinasi terbaik yang disusun rapi ini, kami mengalu-alukan semua untuk menyambut ulang tahun
kemerdekaan Malaysia yang ke-66 dengan aktiviti kegemaran kita semua iaitu melalui makan! Kami ingin
menggalakkan semua untuk meraikan warisan budaya Malaysia yang kaya dengan menikmati hidangan-
hidangan ikonik dan juga meneroka permata kulinari yang tersembunyi.”

1. Kuala Lumpur

Hentian pertama, Kuala Lumpur – destinasi domestik paling popular di Agoda pada hujung minggu
Merdeka yang panjang. Ibu kota yang meriah ini memang sukar ditandingi dalam bab tempat-tempat
makanan jalanan. Bersedialah untuk menjamu selera dengan makanan yang enak seperti sate panas
dan nasi lemak yang harum yang akan membuatkan selera anda menari gembira. Bercakap tentang
kebahagiaan, marilah kita “burgembira” di WhiteBurger – sebuah tempat makan yang unik dengan
pemandangan yang hebat. Kedai burger ini menyajikan burger yang enak, berlatarbelakangkan
pemandangan Menara Berkembar Petronas yang ikonik, menjadikannya satu tempat untuk meraikan
Hari Merdeka dengan penuh bergaya.
MENGINAP: Bermalam di hab warisan Kuala Lumpur di Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Jalan
Petaling

2. Pulau Pinang

Pulau Pinang menduduki tempat kedua dalam senarai destinasi Merdeka yang utama. Sinonim dengan
destinasi makanan yang hebat, Pulau Pinang tidak dapat disangkal lagi sebagai sebuah syurga makanan
Malaysia. “Pulau Mutiara” ini menawan hati semua penggemar makanan dengan pelbagai pilihan gerai
penjaja dan kedai makan tradisional yang hebat. Jamu selera anda dengan Laksa Asam Pulau Pinang
yang terkenal di dunia, Char Koay Teow dan juga Rojak Pulau Pinang. Sempena sambutan 66 ulang
tahun kemerdekaan, kita juga memberi penghormatan kepada tokoh makanan tempatan yang telah mencipta hidangan kulinari yang hebat sejak berdekad lamanya. Salah seorang tokoh tersebut adalah
Uncle Guan, maestro masakan Apom Guan yang berusia 77. Apam pisang Apom Guan terkenal sebagai
penkek yang terbaik di pulau tersebut.
MENGINAP: Imbau kegemilangan zaman lampau dengan menerokai warisan Pulau Pinang yang kaya di
Areca Hotel Penang, sebuah hotel warisan yang memikat hati di pusat bandar Georgetown yang
bersejarah.

3. Melaka

Melaka, sebuah bandar yang kaya dengan sejarah dan warisan pelbagai budaya, merupakan harta karun
bagi penggemar makanan. Di samping keajaiban budayanya, Melaka juga terkenal sebagai destinasi
masakan yang berinovasi, tempat kelahiran beberapa hidangan Malaysia yang trendy dan digemari
ramai. Sajian seperti Klebang Coconut Shake yang menyegarkan dan Mihun Udang Berkeju
memeriahkan dunia kulinari Melaka yang memikat hati.
Grass Stream Kitchen – sebuah tempat makan ala-kampung telah menggegarkan laman media sosial
dengan kemasyhuran Pizza Parang, yang mana piza dipotong secara unik menggunakan parang.
Pengalaman hidangan yang bukan konvensional ini menambahkan sentuhan keterujaan dan mesti
dicuba bagi mereka yang inginkan pengembaraan kulinari yang tidak dapat dilupakan di Melaka.
MENGINAP: Bersantai di Rosa Malacca, bunga ros di antara tempat percutian warisan intim Melaka.
Terletak di tengah-tengah bandar Warisan Dunia UNESCO, hotel dengan binaan ala-industri ini
menawarkan akses yang mudah ke tempat-tempat bersejarah dan pada masa yang sama menyediakan
suasana yang tenang untuk istirahat.

4. Kota Kinabalu

Terletak di kepulauan tropika Borneo, Sabah, Kota Kinabalu memikat dengan hidangan yang terhasil
daripada gabungan cita rasa asli tempatan dan makanan laut yang menyelerakan. Jamu selera dengan
rasa aromatik Nasi Lemak Sabah, hidangan makanan laut yang lazat dan rasai penangan berapi Sinalau
Bakas, sejenis sajian tradisional Kadazan-Dusun. Untuk pengalaman kulinari yang benar-benar unik,
terokai laluan yang jarang digunakan dan kunjungi My Native Sabah. Restoran tempatan ini meneruskan
warisan keluarga dengan menghidangkan masakan Kadazandusun yang tulen dan mempamerkan
warisan kulinari Sabah yang kaya.
MENGINAP: Alamilah keindahan alam semula jadi Sabah melalui lensa The LUMA Hotel, sebuah hotel
dengan rekaan kreatif yang diilhamkan dari tarikan tropika yang hebat di rantau ini. Dari tangga lingkaran
yang menyerupai sungai yang subur dan bilik yang bertemakan kehijauan alam, tenggelamkan diri anda
dalam pesona hutan hujan tropika Sabah untuk penginapan yang menyegarkan.

5. Kuantan

Bersiap sedia untuk pengembaraan kulinari yang hebat di Kuantan, sebuah bandar yang meriah di pantai
timur Semenanjung Malaysia yang terkenal dengan pelbagai masakan tradisional Melayu. Nikmati
keenakan Ikan Bakar yang terkenal, yang mana ikan telah diperap dalam adunan rempah istimewa, dan
cuba Keropok Lekor, kudapan kegemaran tempatan yang digemari ramai. Untuk pengakhiran manis yang sempurna, manjakan diri dengan citarasa Malaysia di Cendol Air Putih, di mana menu yang meluas
termasuk Cendol Durian yang ikonik. Manisan istimewa yang mesti dicuba ini pasti akan membuatkan
anda merindui satu lagi hidangan.
MENGINAP: Manjakan diri anda dengan kedamaian dan nikmati ketenangan di hujung minggu Merdeka
yang panjang di Laman Sentosa Boutique Residence, sebuah pusat peranginan yang hebat di Kuantan.

Leave a Reply

%d bloggers like this: