MEDIA PANAS

LIMA HOSPITAL DI MALAYSIA TERIMA PENGIKTIRAFAN DUNIA

KUALA LUMPUR, 14 Ogos 2020 – Organisasi Strok Sedunia (WSO) telah mengiktirafkan lima
hospital di Malaysia atas tahap pencapaian piawai antarabangsa dalam rawatan strok mereka.
Anugerah Angels WSO, ataupun WSO Angels Award, adalah sebahagian daripada Angels
Initiative, yang dilancarkan oleh Boehringer Ingelheim, untuk bekerjasama dengan
hospital-hospital bagi meningkatkan kualiti rawatan strok melalui latihan dan konsultasi yang
berterusan.
Angels Initiative dilancarkan di Malaysia pada tahun 2017 dan bekerja rapat bersama Majlis
Strok Malaysia (MSC) untuk melibatkan lebih daripada 34 hospital di seluruh negara. Dalam
usaha berterusan ini, hospital-hospital digalakkan untuk mencatatkan rekod kes-kes pesakit
strok mereka, termasuklah rekod prosedur dan terapi yang dijalankan untuk memenuhi
kelayakan Anugerah WSO Angels. Dicatatkan dalam Daftar Kualiti Penjagaan Strok, atau
Registry of Stroke Care Quality (RES-Q), rekod kes-kes ini akan dinilaikan mengikut garis
panduan WSO bagi menentukan sama ada mereka berkelayakan untuk menerima anugerah
Status Emas, Status Platinum, atau Status Berlian.

Datuk Dr Rohaizat Yon, Deputy
Director-General of Health Malaysia
giving his opening speech at the Malaysia
Stroke Virtual Conference in Everly Hotel,
Putrajaya.


Sebanyak 12 hospital di Malaysia telah didaftarkan dalam RES-Q sejak tahun 2019. 5 hospital
daripada senarai tersebut telah berjaya memperoleh anugerah Emas dan Berlian sejak suku
ketiga tahun 2019:


Anugerah WSO Emas Anugerah WSO Berlian
Suku 3 2019 Hospital Tuanku Jaafar –
Suku 4 2019 Hospital Seberang Jaya
dan
Hospital Umum Sarawak
Hospital Pantai Pulau Pinang
Suku 1 2020 Hospital Pakar Regency Hospital Pantai Pulau Pinang
dan
Hospital Umum Sarawak


Untuk berkelayakan bagi Anugerah Berlian, hospital mesti merawat pesakit strok di unit strok
khusus atau Unit Rawatan Rapi (ICU) sepanjang penginapan mereka di hospital. Mereka juga
perlu merawat sekurang-kurangnya 50% pesakit mereka menggunakan terapi pembentukan
saluran baru (recanalization) dalam masa 45 minit selepas mereka tiba di hospital, dan 75%
pesakit dalam masa 60 minit. Sila layari laman web WSO untuk ketahui lebih lanjut mengenai
syarat kelayakan Anugerah WSO Angels:


https://www.world-stroke.org/what-we-do/education-and-research/improving-access-to-quality-st
roke-care/wso-awards.


Hospital Pantai Pulau Pinang merupakan hospital pertama di Malaysia untuk menerima
Anugerah Berlian. Malah hospital ini juga berjaya mengekalkan kejayaan ini selama dua suku tahun berturut-turut.


“Kami berbangga menerima Anugerah Berlian dari WSO untuk dua suku tahun berturut-turut.
Pihak hospital kami sangat mengambil berat tentang kualiti rawatan strok kerana kami
memahami betapa pentingnya setiap saat dalam proses rawatan strok. Sejak menyertai Angels
Initiative kami telah mendapat sokongan kuat dari pakar runding Angels dan MSC. Ini juga
mendorong kami meluangkan masa untuk melatih ahli perubatan kami dan mendapatkan
peralatan dan kemudahan yang diperlukan untuk memberi rawatan perubatan kepada pesakit
strok. Kami akan meneruskan usaha kami untuk memastikan penduduk Pulau Pinang
mempunyai peluang yang lebih baik untuk pulih daripada serangan strok,” kata Dr Wong Yee
Choon, Pakar Perunding Neurologi di Hospital Pantai Pulau Pinang.
Selain mereka, Hospital Umum Sarawak juga berjaya mendapat anugerah untuk dua suku
tahun berturut-turut – Anugerah Emas pada Suku 4 2019 dan Berlian pada Suku 1 2020.
“Apabila kami menerima berita bahawa kami berkelayakan menerima Anugerah Emas bagi
Suku 4 2019, kami menjadikan pencapaian itu sebagai dorongan untuk terus berjuang demi
mencapai Anugerah Berlian. Pihak kami memang berusaha keras untuk meningkatkan
ketepatan dan kecekapan rawatan kami, dan saya sangat bangga kerana segala usaha kami
telah membuatkan hasil. Kami bertekad untuk terus meningkatkan kualiti rawatan kami sebagai

Dr Wong Yee Choon, Consultant Neurologist
at Pantai Hospital Penang


hospital strok yang diyakini seluruh komuniti di Sarawak, dan juga bagi meneruskan rekod
anugerah kami,” tambah Dr Law Wan Chung, Pakar Perunding Neurologi dari Hospital Umum
Sarawak.
Serangan strok memerlukan rawatan strok yang tepat dan segera. Namun, bukan semua
hospital dilengkapi dengan kemudahan atau kepakaran yang diperlukan untuk rawatan strok
yang menyeluruh. Oleh itu, MSC dan Angels Initiative bertekad untuk bekerjasama dengan
lebih banyak hospital di seluruh Malaysia untuk menambahbaikkan rawatan strok mereka.
“Serangan strok masih merupakan sesuatu masalah kesihatan yang lazim, malah ia boleh juga
menyebabkan kematian. Pesakit strok harus menerima rawatan dengan segera. Jadi, doktor
dan juga ahli-ahli perubatan perlukan sokongan dan pemerkasaan berterusan supaya mereka
boleh menjalankan rawatan strok, dengan teknik penilaian serta rawatan terapi yang tepat.
Kami amat berbangga dengan peningkatan kadar pemulihan pesakit strok setelah lebih setahun
bekerjasama dengan Angels Initiative. Anugerah WSO Angels merupakan pengiktirafan
daripada pihak WSO terhadap hospital-hospital yang bertekad untuk memberikan rawatan strok
yang terbaik,” kata Profesor Madya Dr Hoo Fan Kee, Presiden MSC.

Dr Law Wan Chung, Consultant Neurologist
from Sarawak General Hospital.


Anugerah-anugerah ini telah disampaikan oleh Datuk Dr Rohaizat Yon, Timbalan Ketua
Pengarah Kesihatan Malaysia, di majlis perasmian Persidangan Maya Strok Malaysia (Malaysia
Stroke Virtual Conference). Dianjurkan oleh MSC di Everly Hotel, Putrajaya, persidangan ini
telah disertai oleh doktor dan pakar penjagaan kesihatan secara langsung. Lebih daripada
3,000 pakar penjagaan kesihatan dari seluruh negara Malaysia dan rantau Asia Tenggara juga
turut hadir secara dalam talian.
Persidangan ini membincangkan topik-topik penting berkaitan dengan rawatan strok di
Malaysia, termasuk cara membangunkan hospital stroke-ready dan juga pilihan rawatan terapi
berbeza untuk pesakit strok. Sebilangan daripada topik ini juga merupakan antara garis
panduan penilaian untuk Anugerah WSO Angels.

Leave a Reply

%d bloggers like this: