MEDIA PANAS

Makan Malam Amal Bersama Anuar Zain

Bertemakan Makan Malam Amal Bersama Anuar Zain – Karena Aku Cinta, penganjuran majlis makan malam amal ini adalah sebagai platform bagi mengumpul dana dan disalurkan kepada anggota-anggota dan ahli keluarga  barisan hadapan yang terkorban ketika menjalankan tugas sepanjang pandemik COVID-19. Selain itu, ia juga bertujuan untuk  menghargai penggiat seni tempatan yang terkesan dan mengembalikan kemeriahan industri muzik selepas pandemik.

Makan Malam Amal bersama penyanyi Anuar Zain, bakal diadakan pada 5 Mac ini di Ipoh Convention Centre (IICC) Ipoh, Perak.

Berhibur Sambil Beramal

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bond Holdings Sdn. Bhd,  Ong Teng Boon Makan Malam Amal Karena Aku Cinta itu bertujuan untuk berhibur sambil beramal dan jemputan rasmi juga telah dipersembahkan kepada Duli-Duli Tuanku Perak.

“Majlis makan malam amal anjuran bersama Bond Holdings Sdn Bhd, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Sycal Ventures Berhad ini bertujuan untuk berhibur sambil beramal. Malah jemputan rasmi juga telad dipersembahkan kepada Duli-Duli Tuanku Perak.”- kata Teng Boon

Harga Tiket Berpatutan

Harga tiket bagi majlis tersebut dijual dengan harga yang berpatutan bermula dengan harga RM230, RM280 dan RM380.  Maklumat lanjut dan pembelian tiket boleh hubungi atau WhatsApp di talian 011-36088001 atau boleh dapatkan tiket di kaunter tiket Bond Suites Sales Gallery @IICC.

Leave a Reply

%d bloggers like this: