Menurut pendakwah bebas Ustazah Asma Harun berkata melalui Facebooknya melahirkan rasa terkejut apabila beliau menonton mv terbaru Ayda Jebat Parah-Parah yang dianggap lucah dan memalukan sebagai seorang melayu dan beragama Islam.
Sesungguhnya saya memang meminati penyanyi ini tapi saya terduduk sayu, apabila saya melihat Mv ini yang pada saya sangat memalukan. Kata Ustazah
Namun beliau tidak menyebut nama penyanyi tersebut sebagai Ayda Jebat cuma segala hashtagnye merujuk kepada lagu Parah-parah Ayda Jebat. Netizen juga ramai-ramai mengatakan bahawa ianya memalukan.

Sungguh dukacita ini bertambah, dalam situasi musibah pandemik dan pelbagai tanda akhir zaman serta kiamat semakin hampir. Janganlah kita jadi sebahagian daripada penyubur fitnah akhir zaman, kata Ustazah lagi
Saya tahu kamu adalah seorang muslimah, saya tak pasti samada penari iringan (dancers) beragama Islam atau tidak. Saya juga tidak pasti penerbit, pengarah, penyunting, penulis lirik adalah Islam atau tidak, namun kalian terlibat. Jelas Ustazah Asma

Beliau juga turut memohon maaf kerana memberi teguran secara terbuka dan berharap agar Kementerian Komunikasi Mulitmedia atau apa-apa badan terlibat memainkan peranan dalam isu ini. Jom kita tengok Mv ni kalau korang belum tengok lagi..