HiFive Entertainment bakal menganjurkan semula NEON Music Festival di Malaysia setelah sekian lama ‘menghilang’. Acara yang meriah dan penuh warna tersebut bakal diadakan pada Oktober ini di Surf Beach Sunway Lagoon.Sebagai salah satu penganjur acara terkemuka di rantau ini, HiFive komited untuk menyatukan komuniti dan menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh pengunjung ke acara yang bakal menggabungkan muzik, makanan dan seni ini.NEON Music Festival (NMF) yang terkenal dengan suasana meriah, barisan pemuzik serta artis berbakat sememangnya dirindui oleh ramai penggemar festival muzik. HiFive Entertainmentoleh SAP Traders Sdn Bhd mengiktiraf kepentingan menghidupkan semula acara popular ini untuk berhubung semula dengan masyarakat dan meraikan ‘kuasa’ muzik dan kreativiti.

Apa yang pasti, HiFive memfokuskan kepada keterangkuman dan juga kepelbagaian untuk menganjurkan sebuah acara yang dibarisi oleh artis tempatan dan antarabangsa yang meliputi pelbagai genre dan gaya bagi memenuhi pelbagai citarasa muzik.Dalam masa yang sama, HiFive komited untuk membawakan lebih ramai pemuzik dan artis terkenal selain mengetengahkan bakat terbaik oleh artis tempatan dan antarabangsa.Selain persembahan muzik yang menjadi tumpuan utama,HiFive juga akan menggabungkan pengalaman gastronomi serta kulinari untuk memenuhi selera para pengunjung festival dengan menjalinkan kerjasama dengan penjual makanan dan restoran terkenal sebagai pelangkap suasana festival yang pastinya menjadi tarikan ramai tersebut.

Bagi pencinta seni, korang juga bakal berpeluang untuk menikmati sisi kreatif festival dengan pameran pemasangan seni interaktif yang bakal diadakan disamping lukisan mural langsung dan juga pelbagai bentuk artistik lain. Secara tak langsung, ini akan mewujudkan persekitaran di mana muzik dan seni bakal bertembung.Dengan cabaran terkini yang dihadapi oleh komuniti global, HiFive menyedari keperluan untuk mewujudkan ruang yang selamat dan inklusif untuk semua orang yang menghadiri festival yang bakal diadakan.

Oleh itu, langkah-langkah kesihatan dan keselamatan yang ketat akan dilaksanakan untuk memastikan kesejahteraan semua peserta, dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.Menurut HiFive lagi, muzik mempunyai keupayaan unik untuk menyatukan orang dan memberikan rasa kegembiraan dan hubungan dan dalam masa yang sama berdedikasi untuk menganjurkan acara terbaik yang menyatukan masyarakat, selain percaya bahawa festival muzik Neon akan berfungsi sebagai festival yang meraikan kehidupan, kepelbagaian dan kreativiti. Festival Muzik NEON, anjuran HiFive Entertainment, akan berlangsung pada 6 Oktober di Sunway Lagoon Surf Beach. Tiket kini tersedia untuk dibeli di laman web NEON Music Festival.Nantikan lebih banyak kemas kini mengenai barisan fasa kedua dan aktiviti yang akan menjadikan acara ini pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk semua peserta di laman media sosial di Facebook atau Instagram.