MEDIA PANAS

Netizen Cair Dengan Penampilan Sebenar Wanita Berloceng

Pastinya sejak hari pertama Aidilfitri ramai yang ‘lenguh’ jari menekan butang like di media sosial apabila masing-masing memuat naik gambar meraikan lebaran.

Walaupun tidak dapat berkumpul bersama sanak-saudara, namun kemeriahan hari raya masih lagi  terasa kerana masa inilah peluang berkongsi gambar berbaju baru serta sedondon dengan ahli keluarga yang lain.

Selebriti dan influencer juga turut sama memuat naik gambar meraikan lebaran dengan ucapan selamat hari raya buat semua.

Kembali ke fitrah sempena raya

Namun, bagi pengikut media sosial seorang infleuncer dikenali sebagai Viviana Abdullah pasti mengetahui status sebenar dirinya yang merupakan seorang lelaki.

Jadi, dia telah berkongsi gambar memakai baju Melayu dan sangat ‘macho’ sehingga menjadi perhatian di media sosial.

Terus jadi hensem ekk

Walaupun sudah memadam posting tersebut, Viviana tetap menghargai komen-komen yang diterima daripada warganet dan memuat naik semula kata-kata positif di ruangan IG story miliknya.

Justeru itu, ramai yang memberikan maklum balas yang baik-baik kepada Viviana di media sosial dan memuji penampilannya yang segak apabila menjadi lelaki sejati.

Kredit: Oh My Media

Leave a Reply

%d bloggers like this: