Hantar bantuan dengan mudah secara percuma, itulah peranan
utama inisiatif #ImpactTolongHantar yang diperkenalkan oleh Impact Malaysia sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama kali dilaksanakan pada Mac tahun lalu.
ImpactTolongHantar (ITH) 2.0 kini dilancarkan semula untuk membantu individu, syarikat swasta, organisasi amal, dan badan bukan berkeuntungan (NGO) menghantar makanan dan bekalan-bekalan penting kepada golongan yang terjejas akibat PKP 2.0 dan golongan mangsa banjir baru-baru ini. ITH 2.0 menghubungkan mana-mana individu atau organisasi dengan penerima manfaat melalui rakan penghantaran mikro dan sederhana ke mana-mana lokasi di seluruh Semenanjung Malaysia. Servis penghantaran melalui ITH adalah percuma, supaya
individu dan organisasi boleh menggunakan wang yang dijimatkan untuk menambah kapasiti bantuan yang akan diberikan kepada penerima.
“Kami pastikan setiap aspek pelaksanaan ITH mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (JKMN) serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat (KPWKM) bagi pengagihan bekalan kepada golongan sasaran,” kata Mastura M. Rashid, Pengurus Projek #ImpactTolongHantar, Impact Malaysia.
Dalam Siri 1 terdahulu, ITH telah bekerjasama dengan 8 rakan penghantar dan 43 organisasi untuk menghantar bantuan makanan dan PPE kepada 50,016 individu atau 15,498 buah isi rumah. Inisiatif ini turut memberi manfaat kepada 9,990 pekerja barisan hadapan, 1,198 pelajar dan 77 buah rumah kebajikan di seluruh Malaysia.
Sekiranya anda atau organisasi anda ingin menggunakan khidmat #ImpactTolongHantar untuk menghantar bantuan, sila layari http://www.impact.my/tolong-hantar atau klik di sini untuk memohon.
Untuk sebarang pertanyaan, sila emel ke connect@impact.my atau hubungi Impact Malaysia di talian +6011-5641 9519. Untuk maklumat lanjut tentang Impact Malaysia, sila layari saluran rasmi Impact di http://www.impact.my, Facebook/Twitter @impactdotmy, dan Instagram
@impactmsia.
Mengenai Impact Malaysia
Impact Malaysia merupakan salah satu inisiatif daripada Impact Integrated, sebuah Syarikat
Berhad Menurut Jaminan di bawah kawal selia Kementerian Belia dan Sukan untuk
merancakkan impak sosial yang dipacu oleh golongan muda, menerusi sebuah model pelbagai
pemegang-taruh, termasuklah komuniti, NGO, organisasi masyarakat sivil, organisasi
kedermawanan, syarikat korporat dan syarikat teknologi.
Untuk sebarang pertanyaan:
Hanis Khairuddin
Associate, Communications, Impact Malaysia
Emel: hanis@impact.my
No. Telefon: +6013 380 9484