MEDIA PANAS

Omar & Hana Melancarkan My Salah Mat, Sejadah Interaktif Pertama Kanak-Kanak

Animasi Omar & Hana hakcipta bersama Digital Durian Animation dan Astro Malaysia serta kolaborasi bersama My Salah Mat, melancarkan sebuah produk bertujuan untuk membuatkan pembelajaran solat yang lebih mudah dan menyeronokkan bagi kanak-kanak beragama Islam.

Sejadah ini direka untuk melatih kanak-kanak tentang sebutan yang tepat di dalam solat dengan cara yang lebih menyeronokkan. Dengan menekan butang di sejadah ini, ia akan mengeluarkan audio yang mempunyai informasi tentang waktu solat, cara mengambil wuduk, bacaan surah lazim, doa-doa dan banyak lagi. Sejadah interaktif Omar & Hana ini berinteraksi dengan menggunakan suara Omar & Hana dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

Rakyat Malaysia boleh mendapatkan sejadah interaktif ini pada hujung bulan Ogos 2022 ini. Anafiya MY telah dilantik sebagai ejen jualan dan ibu bapa boleh membeli melalui laman web mereka di https://anafiya.my pada harga RM 299.00 (tidak termasuk kos penghantaran).

Leave a Reply

%d bloggers like this: