Sebelum ini tular tentang isu makanan yang dibungkus dengan menggunakan paku untuk dijadikan sebagai getah atau pengikat agar bungkusan makanan itu tidak terbuka atau terburai.
Ramai juga yang menempelak individu yang membiarkan perkara ini terjadi kerana bimbang paku pada pembungkus Ini bahaya untuk kanak-kanak kerana tajam dan bahaya
Sehubungan dengan itu, Dr. Noor Hisham selaku Pengarah Kesihatan KKM telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar untuk mengulas perihal tersebut.

Kenyataan tersebut menyatakan di bawah Peraturan 37(2), peniaga tidak dibenarkan menyimpan atau menggunakan apa-apa jenis bahan yang berbahaya pada makanan yang dijual, hingga boleh mendedahkan pelanggan kepada risiko dari bahan tersebut
Tambahnya lagi, di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 menyatakan pengendali makanan perlu memastikan pembungkusan makanan tersebut bebas daripada sebarang bentuk pencemaran termasuklah bahan seperti paku.
kenyataan sama, Dr. Hisham turut menegaskan peniaga yang menggunakan paku, dawai kokot (stapler) atau bahan berbahaya lain pada pembungkusan makanan mereka boleh didakwa di mahkamah
Di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983, sesiapa yang menyedia atau menjual apa-apa makanan yang di dalamnya mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan adalah melakukan kesalahan.
Jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi sepuluh (10) tahun atau kedua-duanya.”
Banyak lagi kaedah yang boleh digunakan untuk membungkus makanan. Boleh pakai getah, boleh pakai plastik pembalut tapi rasanya tak perlulah sampai nak pakai paku pulakkan.