MEDIA PANAS

Pilih Suami Orang? ini jawapan Miera Liyana

Miera Liyana atau nama penuhnya Miera Leyana binti Dato’ Seri nama yang sering jugala kita dengar dalam industri lakonan tanah air kita ni tetapi lebih banyak gosip melanda gadis manis berusia 27 tahun ini berbanding dengan bakat lakonannya. Antara lakonan beliau yang menjadi sebutan dalam sewaktu berlakon dalam drama komedi muzikal 26 episod Hotel Mania arahan Nizam Zakaria yang terdiri daripada Anding Indrawani ZainiDafiMarsha Londoh dan Adeline Tsen.

Walaupun nama ini sudah lama kita tidak dengar khabar dalam aktiviti lakonannya, baru-baru ini kita dikejutkan dengan perkhabaran perkhawinan mewah beliau telah diadakan. 3 majlis yang sangat meriah di mana majlis berinai, majlis akad nikah dan diakhiri dengan majlis resepsi yang mewah di adakan di Grand Hyat Hotel pada sabtu yang lepas. Majlis ini telah mencetus kontroversi di mana dikhabarkan Miera Liyana telah bernikah dengan suami orang iaitu seorang usahawan Rosland Othman, 47.

Perkhawinan yang mewah itu di hadiri 300 tetamu di dewan utama Grand Hayat dengan kenalan rapat keluarga, teman artis dan media sahaja. Persembahan nyanyi tetamu jemputan seperti Liza Hanim, Hazama, Azlan The TypeWriter dan juga Noryn Aziz telah menambahkan lagi kemeriahan perkhawinan tersebut. Terlihat juga barisan kenalan artis yang hadir seperti Ayda Jebat dan Nabil Mahir, Ezlynn, Syera, Dato Seri Syahreza, Tiz Zakiah dan ramai lagi.

Walaupun sudah mengenali Rosland selama 4 tahun beliau tidak menyangka jodohnya yang selama ini dicari ada di depan mata di mana, Rosland telah menyatakan hasrat beliau untuk memperisterikan Miera sewaktu keluarga Miera di landa dugaan di mana ayah Miera Dato Seri Kasmi sedang dirawat di hospital atas masalah jantung serta cancer tahap 4. Murni betul niat Rosland memperisterikan Miera waktu itu ye.

Sewaktu di tanya Miera dan suami menyatakan mereka tidak akan melayan sebarang kutukan atau cemuhan dan mereka tidak akan menidak atau mengiyakan tuduhan spekulasi netizen tentang status suaminya.

So kita doakanlah yang baik-baik ye. Soal suami orang atau tidak biarla mereka sendiri yang hadap ok.

Leave a Reply

%d bloggers like this: