MEDIA PANAS

Quaker Malaysia Perkenal Zahirah Macwilson sebagai Duta Jenama Terbaharu

Quaker, jenama oat nombor 1 dunia 1 dengan bangganya
mengumumkan kerjasama dengan selebriti Malaysia, Zahirah Macwilson, sebagai duta jenama yang
rasmi di Malaysia. Kerjasama ini menandakan satu pencapaian penting bagi Quaker dalam usaha
memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk melakukan perjalanan transformatif menerusi
pembinaan asas-asas untuk kehidupan selain memupuk kesejahteraan fizikal mereka menerusi
khasiat oat.
Berbekalkan warisan lebih 140 tahun, Quaker berbangga dengan pelbagai penawaran meluas yang
merangkumi 4 rangkaian produk utamanya – Quaker Base Oats, Quaker 3in1 Minuman Bijirin Oat,
Quaker Multi-Grain & Quaker Oat Cookies. Hal ini menjadikan penerokaan dunia oat suatu
pengalaman yang menyeronokkan dan mudah diakses oleh semua, tanpa mengira usia dan keadaan
sama ada untuk sarapan, hidangan bijirin penuh, atau snek yang dibawa bersama. Dengan 7 kali
lebih serat berbanding dengan beras putih 2 , Quaker Oats bukan sahaja pilihan alternatif yang baik
untuk jantung sihat tetapi juga menjadi makanan tambahan yang sangat sesuai untuk apa-apa jenis
diet, sekali gus memastikan pengguna berasa kenyang lebih lama dan bertenaga sepanjang hari.
Pengurus Pemasaran PepsiCo Malaysia, Debra Deyvitah berkata, “Quaker Oats ialah bijirin hebat
yang bekerja keras untuk menyuburkan dan membina badan yang kuat menerusi pelbagai manfaat
seperti kepadatan nutrien, tenaga yang berpanjangan, kesihatan jantung, dan penghadaman. Kami
memahami bahawa meskipun adakalanya situasi dalam kehidupan seharian boleh menghalang
pembinaan tubuh dan minda yang kuat yang diperlukan untuk berkembang, kami percaya bahawa
hal ini tidak sepatutnya menghalang kita daripada mengambil pemakanan yang sihat. Oleh yang
demikian, kami berasa teruja memperkenalkan Zahirah Macwilson sebagai Duta Jenama kami di
Malaysia. Kesungguhan Zahirah Macwilson untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat di sebalik
jadual yang padat tepat mencerminkan semangat Quaker. Menerusi kerjasama ini, kami berharap
untuk terus memperkasakan rakyat Malaysia untuk menjalani kehidupan yang lebih berkualiti
dengan menerima kebaikan Quaker.”


Sebagai peminat setia dan pengguna produk Quaker sejak sekian lama, Zahirah sentiasa
menggabungkan Quaker dalam pelan makanan hariannya. “Saya menggemari oat, dan Quaker telah
sejak dahulu lagi menjadi sebahagian daripada kehidupan saya. Variasi produknya yang pelbagai
1 Source Euromonitor International Limited; Staple Foods 2024 edition, as per hot cereals definition,
retail value sales; rsp, all retail channels, 2023 data.
2 USDA Food Composition Database per 100g reference amount between Quick Oats 08402 and White Rice
20444. memberikan perubahan yang ketara kepada saya. Sama ada saya memerlukan hidangan sarapan
segera, sesuatu untuk dipadankan dengan hidangan saya, rangsangan nutrisi, manisan, atau sesuatu
yang dapat memberikan tenaga yang berterusan untuk memastikan saya kekal aktif, saya sentiasa
boleh mengharapkan Quaker. Selain itu, ciri serba guna produk yang ditawarkan membolehkan saya
mencuba pelbagai resipi berbeza, lantas memberi saya pengalaman yang menyeronokkan. Saya
tidak sabar untuk berkongsi kegembiraan ini dan menikmati manfaat oat bersama-sama rakyat
Malaysia sebagai Duta Jenama Quaker,” kata Zahirah Macwilson, Duta Jenama Quaker 2023.
Dengan komitmen untuk mencipta produk yang mempunyai rasa yang enak dan pada masa yang
sama mengekalkan manfaat nutrisi, Quaker dikenali kerana sentiasa memastikan pengguna berasa
kenyang untuk tempoh yang lebih lama 3 , sekali gus membantu mereka mengekang diri daripada
mengambil snek yang berlebihan dan mengekalkan diet yang seimbang. Selain itu, pengambilan
Quaker Oat telah diiktiraf secara meluas kerana keupayaannya dalam mengurangkan tahap
kolesterol 4 secara beransur-ansur, menjadikannya pilihan yang sihat untuk jantung bagi individu
pada semua peringkat umur.


Quaker mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk menyertai Zahirah Macwilson dalam menggabungkan
kebaikan oat dalam hidangan harian mereka dan menerokai pelbagai cara untuk menikmatinya
menerusi hidangan seperti Nasi Goreng Quaker, Onde-Onde Quaker Oats Cookies, Nutty Fruity
Oatmeal, dan banyak lagi menerusi resipi yang tersedia di laman sesawang Quaker atau dengan
mengikuti Zahirah di Instagram untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perjalanan
kesejahteraan beliau bersama Quaker.
Rakyat Malaysia boleh menyaksikan aksi Zahirah dalam iklan jenama Quaker Malaysia yang
terbaharu di YouTube. Untuk maklumat lanjut mengenai Quaker, sila
kunjungi https://quaker.com.my/ dan ikuti Quaker di Facebook dan Instagram bagi promosi, acara
dan maklumat terkini.

Leave a Reply

%d bloggers like this: