MEDIA PANAS

Ramai “Bitter” Tengok Mak Wan Berkareoke Hilangkan Tekanan

Mak Wan Latah yang baru-baru viral dengan isu penceraian beliau walaupun pernikahan beliau bersama bekas suami hanya bertahan beberapa bulan saja, kini heboh sekali lagi di mana video beliau menari-nari sedang berkareoke menjadi buah mulut netizen.

Ramai yang membuat tomahan dan mengatakan inilah punca penceraian Mak Wan atau nama sebenar beliau Halimaton Saadiah Mohd Daud 61 tahun.

Menjawab kritikan tersebut Mak Wan menyatakan bahawa itu merupakan salah satu cara beliau melepaskan tekanan setelah penat menjalani jadual shooting yang padat.

Dekat mana salahnya saya berkareoke, saya memang minat menyanyi dan rasanya tak salah saya melepaskan tekanan saya dengan menyanyi. Ada ke hukum yang katakan salah? Kata Mak Wan

Saya tak usik siapa pun, jadi kenapa nak marah saya? saya hanya buat untuk kepuasan diri sendiri. Tolongla jangan suka kecam orang. Cukup-cukupla tu.

Pelakon 7 hari mencintaimu itu juga menegaskan bahawa penceraian beliau dengan bekas suami sudah tertulis dan bukan alasan untuk orang lain menuduh dan mengecam saya

Walau macamana pun kita doakan yang baik-baik sajalah ye untuk Mak Wan

Leave a Reply

Discover more from MEDIA PANAS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading