Seperti yang kita sedia maklum, kemenangan atlet Paralimpik yang berusia 31 tahun itu telah dibatalkan selepas protes dilakukan oleh atlet Ukraine membabitkan isu teknikal, dengan mendakwa Ziyad lewat tiba di call room.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal juga berkata, kontijen Malaysia telah mengemukakan bukti untuk membantah protes tersebut yang menafikan pingat emas dimenangi Ziyad dalam acara lontak F20.
Pingat emas Ziyad Zolkefli sah di tarik semula di sebabkan protest atlit Ukraine.

Keputusan rayuan Malaysia juga telah sah ditolak dan ini satu keputusan yang susah untuk kita terima.
Apa yang kita harapkan agarkan Ziyad kuat disana, walau apa pun jadi, Ziyad tetap menjadi No 1 dan juara di hati rakyat Malaysia.