Lagi beberapa hari sahaja lagi umat islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.. Tanggal 1 Syawal mengikut kalendar Hijrah amat bermakna kepada setiap insan beragama Islam. Pada tarikh tersebut umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri merupakan hari kemenangan setelah berjaya mengerjakan ibadat puasa selama sebulan.
Pada hari mulia ini sanak saudara dan sahabat handai sama ada jauh ataupun dekat akan berkumpul dan menziarahi antara satu sama lain untuk bermaaf-maafan sambil menyambut hari lebaran dengan penuh kegembiraan. Sebagai persediaan menyambut hari raya yang disambut setahun sekali, pelbagai persediaan dilakukan oleh setiap ahli keluarga. Ramai yang sedang membuat persediaan Hari Raya yang akan menjelang tiba. Antaranya, menyusun atur perabot di dalam rumah, mengecat rumah, tukar perabot baru, beli baju raya, membuat kuih raya dan macam macam lagi. Pastinya kita tidak sabar untuk menyambut hari raya setelah sebulan berpuasa.
Tetapi, pada tahun ini kita tidak dapat meraikan sambutan Hari Raya dengan balik ke kampong halaman masing masing disebabkan oleh Covid 19 yang sedang melanda Negara kita bahkan di seluruh dunia. Kita tahu ramai yang bersedih pada tahun ini kerana tidak dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung bersama keluarga dan sanak saudara. Bertambah sayu dan pilu apabila mendengar lagu raya yang berkumandang di radio. Mengalir air mata terkenangkan ibu dan bapa, ketupat dan rendang.
Walaupun PKPB dilanjutkan empat minggu lagi sehingga 9 Jun seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 10 Mei, tak bermakna kita tak boleh menyambut dan meraikan perayaan Aidilfitri.Aktiviti ziarah-menziarahi dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga yang tinggal dalam negeri yang sama dengan had maksimum 20 orang pada satu-satu masa

MEMBELI SAMBIL MENDERMA BANTUAN MEMBANTERAS COVID-19
Vit mengambil kesempatan ini dengan melancarkan produk terbaru iaitu Vits Italian Mi Goreng perisa Bolognese dan Aglio Olio. Dengan harga hanya Rm 9.50 sahaja anda boleh dapatkan produk Vits Italian Mi Goreng. Orang ramai boleh dapatkan produk Vits Italian dalam platform atas talian (online platform) seperti Shopee dan Lazada. Dengan hasil pembelian ini, anda juga menderma untuk bantuan belian Peralatan Kelengkapan Diri (PPE) ‘Isolation Gown’ untuk diberikan kepada pasukan barisan hadapan ‘frontliner’Hospital Kuala Lumpur. Vits berharap agar rakyat Malaysia sama-sama dapat membantu dalam gerakan membanteras Covid 19 ini.
TENTANG ITALIAN MI GORENG
Mi Goreng Bolognese ini adalah hasil mi goreng yang diilhamkan oleh menu klasik Itali. Memperkenalkan mi goreng bolognese yang dibuat dari buah tomato segar minyak zaitun premium dan campuran kemangi asli menambah aura masakan Itali. Bebas dari bahan pengawet dan warna bukan asli.
Mi Goreng Aglio Olio Itali adalah hasil gabungan mi goreng dari menu klasik Itali. Memperkenalkan Aglio Olio goreng Vit yang terbuat dari minyak zaitun premium dan campuran ramuan dan rempah asli. Selain campuran ini, kami menyediakan campuran bawang putih, cabai dan daun pasli tambahan untuk menambah aura masakan Itali. bebas dari bahan pengawet dan warna bukan asli.
Untuk bersama-sama membeli dan menderma untuk program ini, klik link di bawah.
https://shopee.com.my/Vits-Italian-Mi-Goreng-Bolognese-Pack-(4packs)-i.158877390.3229754836
https://shopee.com.my/Vits-Italian-Mi-Goreng-Aglio-Olio-Pack-(4-packs)-i.158877390.7629591628