MEDIA PANAS

RIUH RAYA kembali menyokong warga kreatif Malaysia

RIUH, platform kreatif digemari ramai kini kembali meneruskan usaha untuk mendekatkan aktiviti seni kepada komuniti, rumah dan rakyat dengan
penampilan dan rasa yang baru. RIUH telah berjaya memberikan sokongan kepada lebih daripada 1000 perniagaan tempatan dengan transaksi terkumpul berjumlah RM4.7j termasuk penampilan lebih 800 bakat kreatif melalui persembahan langsung, aktiviti, bengkel dan kerjasama termasuklah menjadi tuan rumah kepada 222,000 pelawat melalui 26 aktiviti fizikal dan aktiviti kerjasama bersama lebih daripada 30 rakan kreatif.


RIUH Raya kembali selepas lebih setahun pada 1 dan 2 May ini di Sentul Depot dari jam 2 petang hingga 10 malam dan kali ini bekerjasama dengan platform kulinari kreatif, Tiffin untuk Tiffin BerRIUH Raya! Di samping YTL Land sebagai rakan kerjasama tempat acara, kerjasama industri dengan Tiffin merupakan kerjasama pertama dalam siri usahasama untuk memberikan sokongan kepada industri kreatif. Sebagai antara acara pertama dalam norma baharu untuk beroperasi, Prosedur Operasi Standard (SOPs) COVID 19 yang ketat akan dipraktikkan dan kehadiran untuk acara ini adalah secara pendaftaran sahaja. Oleh yang demikian, sila daftarkan diri melalui http://bit.ly/TRR21 visitor mulai 24 April dan siap sedia untuk Raya bersama RIUH!


Dengan semangat menyokong lokal, Tiffin Ber-RIUH Raya bakal menampilkan 52 jenama tempatan seperti pakaian, aksesori, biskut, hiasan rumah dan produk kecantikan. Pilihan popular termasuk Whimsigirl, AnaAbu dan Tangsi sementara Machino, Bloom Batik dan Jamuglo bakal menjadi nama-nama baru dalam senarai. Selain itu, bersedia untuk menikmati hasil kulinari melalui 12 pembekal makanan dan minuman Tiffin yang bakal menyediakan pelbagai juadah kegemaran Raya yang ditambahbaik! Sekiranya anda berhasrat untuk menyumbang kepada masyarakat, pembelian boleh dibuat daripada dua belas vendor Buy for Impact – penerokaan makanan, fesyen, gaya hidup dan cenderahati yang memberikan manfaat kepada kumpulan berbeza seperti ibu tunggal, remaja pelarian, komuniti cacat pendengaran dan alam sekitar.

Gerakan Buy for Impact adalah inisiatif di bawah program Inovasi Sosial MaGIC, dengan hasrat untuk memupuk tingkah laku pembelian yang berhati-hati dan menggalakkan kuasa pengguna bagi menyokong produk yang dapat menyumbang semula kepada masyarakat dan alam sekitar.
Nantikan kembalinya persembahan langsung di pentas RIUH dari Ushera, Colour of Voices, Mafidz, Merakki, MAI dan ASK Dance Company membawa dendangan istimewa Aidilfitri.
ahun ini, tambahan kepada perkembangan inisiatif PRISMA, RIUH memperkenalkan RIUH 24/7
– gerakan atas talian yang dilancarkan April ini. Segmen atas talian ini menjadi pelengkap kepada platform fizikal untuk mendekatkan industri kreatif dengan komuniti berdasarkan lima asas penting : Gerai runcit mudah alih, Makanan, Persembahan Langsung, Bengkel dan Pameran.


“Misi RIUH untuk merapatkan jurang antara industri kreatif dan komuniti kini teruji tetapi dipertingkatkan dengan cabaran yang dialami oleh artisan independen, bakat-bakat dan jenama tempatan. Kami berharap dengan sekembalinya usaha kami dapat memberikan ransangan yang amat diperlukan kepada jenama-jenama tempatan, bakat-bakat dan komuniti kreatif – bukan hanya secara fizikal tetapi secara atas talian melalui RIUH 24/7.”
Inisiatif utama di bawah program PRISMA yang dipimpin oleh Kementerian Komunikasi and Multimedia (KKMM) adalah :
• RIUH 24/7 – laman sesawang yang bertindak sebagai platform susunan atas talian
untuk kreatif dan komuniti. Laman sesawang ini adalah termasuk direktori jenama
tempatan , blog, bimbingan dan banyak lagi.
• RIUH Talks – program pembanguan kapasiti untuk usahawan kreatif baru yang
beraspirasi.
• The RIUH Show – siri video yang disusun mempamerkan persembahan daripada
sektor persembahan seni dan muzik. RIUH adalah platform kreatif tersusun yang bermatlamat untuk menambahbaik ekosistem kreatif dengan merapatkan jenama tempatan, usahawan kreatif, pencipta dan artis kepada komuniti.

Layari http://www.riuh.com.my untuk mengetahui perkembangan terbaru RIUH atau lawat laman Instagram & Facebook @riuhinthecity dan jom berhubung!

Leave a Reply

%d bloggers like this: