MEDIA PANAS

Samsung Lancarkan Galaxy S22 pada 9 Februari 2022 Ini?

Samsung baru sahaja mengumumkan acara Unpacked sekali lagi yang berlangsung 9 Februari 2022 pada jam 11 malam. Acara ini diadakan secara dalam talian menerusi laman sesawang rasmi Samsung, samsung.com.my, juga di Youtube dan Facebook .

Mulai sekarang hingga 9 Februari, jika anda berminat anda boleh daftar lebih awal di www.samsung.com/my/unpacked/ untuk menerima kemas kini  tentang inovasi terbaharu Samsung. Selain itu, terima e-baucar Samsung RM200 yang boleh anda gunakan selepas anda membuat pra-pesanan Galaxy seterusnya.

Samsung sendiri tidak menjelaskan dengan tepat bahawa telefon pintar yang diperkenalkan dalam acara ini adalah Galaxy S22.

Maklumat yang dipaparkan hanya menunjukkan logo S merah jambu keunguan dalam kotak. Walau bagaimanapun, daripada beberapa laporan, telefon pintar itu hampir pasti Galaxy S22.

Memandangkan ramai yang teruja untuk Galaxy Unpacked yang akan datang pada 9 Februari ini, Samsung Electronics telah mengeluarkan treler untuk peminat Galaxy mereka untuk sekilas pandang tentang perkara yang akan dilakukan oleh telefon terbaharu ini.

Mesti ramai tak sabar bukan? nantikan 9 februari ini seacara dalam talian dilaman rasmi Samsung ya!

Leave a Reply

%d bloggers like this: