MEDIA PANAS

“Saya mengaku tidak vaksin dan bawa orang yang tak vaksin ke Saudi” Ustaz Abu Syafiq

Pasti ramai yang tidaknya puas hati dengan kenyataan lantang Ustaz Abu Syafiq yang membuat pendedahan mengejutkan ramai orang.

Ustaz Abu Syafiq Mengaku Bawa Jemaah Tidak Divaksin 

Di Laman twitter juga terdapat lantaran atau posting dibuat dipercayai Abu Syafiq melalui akain instagramnya menyatakan pengakuannya dibuat secara terbuka mendedahkan bahawa beliau adalah individu yang membawa jemaah yang tidak vaksin ke Saudi dan mengaku beliau juga tidaknya mengambil vaksin

“Saya mengaku saya tidak Vaksin dan bawa orang yg tak Vaksin ke Saudi. Vaksin MM. Sebab Vaksin ini dah pupus. Ramai juga jemaah tak ambil pun Vaksin ini. Seperti segala jenis Vaksin lain akan pupus dan tamat tempoh. Vaksin juga adalah duit dan mata pencarian untuk mereka bergelar ‘pakar’” akuinya

Khuatir Malaysia Dikenakan Sekatan 

Menjengah ke laman Twittter, rata-rata pengguna menyelar tindakan pendakwah itu yang disifatkan mereka sebagai melampau dan memalukan imej negara. Tambah mereka lagi, tidak mustahil sekiranya Arab Saudi akan mengenakan sekatan terhadap Malaysia berikutan terdapat jemaah yang tidak divaksin berjaya meloloskan diri.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah mengumumkan terdapat jemaah umrah dari Malaysia yang pulang ke tanah air disahkan positif Covid-19 varian Omicron dan diantara mereka ini tidak divaksin. Lebih mengejutkan, KJ turut melaporkan terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab telah menjual dan memalsukan sijil Vaksin kepada mereka yang memerlukannya.

Leave a Reply

%d bloggers like this: