MEDIA PANAS

Selamat tinggal “foodcourt” KLCC selepas 22 tahun bertahan

Terletak di aras empat pusat beli-belah Suria Kuala Lumpur, (KLCC) telah mengumumkan penutupan premis berkenaan bermula esok selepas hampir 22 tahun berjasa kepada rakyat Malaysia.

Pengumuman itu dibuat menerusi notis kecil yang diletakkan di pintu masuk premis makanan itu.

“Dengan dukacitanya, kami mengumumkan penutupan kekal Rasa Food Arena Suria KLCC bermula 1 September 2021. Terima kasih untuk pengalaman selama 22 tahun, ia adalah keseronokan terindah untuk melayani anda,” kata notis itu.

“Sedey nyaaa..my favourite foodcourt time lunch😢”

Menerusi perkongsian tersebut, jelas orang ramai melahirkan rasa terkejut dan sedih dengan berita penutupan salah satu foodcourt kegemaran setiap kali ke KLCC, selain berkongsi kenangan terindah ketika menikmati makanan di premis tersebut.

Mesti korang pun ada kenangan di RASA Food Arena, KLCC ni jugak kan….. Selamat tinggal kenangan dating min di sana… hahhaha bye

Leave a Reply

%d bloggers like this: