MEDIA PANAS

Selangor Tolak Cadangan PKP Secara Menyeluruh

Selangor telah menolak cadangan perintah kawalan pergerakan (PKP) secara menyeluruh di negeri itu dan mendakwa ia berada pada tahap terbaik dalam pengurusan Covid-19.

Menurut Dr Dzulkefly Ahmad, menafikan dakwaan kerajaan negeri gagal bendung peningkatan tahap penularan Covid 19 dan katanya Selangor masih merekodkan tahap 1.14 berbanding ke enam negeri lain seperti Pahang dan Kedah.

Beliau juga mendakwa, Pahang merekodkan RT tertinggi iaitu 1.26, Kedah 1.24m Perak 1.22, Terengganu 1.20, Putrajaya dan Negeri Sembilan 1.16

“Angka jangkitan tetap tinggu adakah kita terbeban secara teruk sehingga mahu laksanakan juga PKP menyeluruh ini? Kita menolak cadangan itu tetapi kita perlu ada usaha untuk menurunkan kadar jangkitan dan akibatnya rakyat akan terkesan dengan beban ini.

“jangan jadikan lock down jalan pilhan kerana kegagalan menguruskan PKP 2.0 yang lepas. Kematian juga semakin hari semakin tinggi mencanak,” katanya sambil menambah sektor perkhidmatan kesihatan negeri masih lagi mampu menampung jumlah pesakit ketika ini dengan menambah jumlah katil ICU dan ventilator.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas Covid-19 Negeri Selangor yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam Negeri Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud.

Dalam pada itu, Dzulkefly mahu PKP bersasar dengan SOP yang lebih efektif dan berkesan dilaksanakan di Selangor.

“Kita tidak boleh duduk saja dalam tempoh PKP, perlu ada peningkatan dari segi tindakan.

“Selain angka yang tinggi ketika ini, Selangor tidak boleh dikatakan negeri paling parah. Rakyat kita seramai tujuh juta dan jika termasuk Kuala Lumpur lebih lapan juta. KKM perlu tengok dari segi nisbah jangkitan kepada jumlah penduduk.

“Jika PKP penuh, Selangor akan jadi mangsa dari segi industri dan aktiviti penduduk. Ini tidak adil,” katanya.

Kelmarin, Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba, berkata pihaknya membuat pertimbangan menguatkuasakan PKP secara menyeluruh di Selangor jika jangkitan harian Covid-19 di negeri itu tidak menunjukkan penurunan.

Selangor kekal menjadi negeri tertinggi melaporkan kes harian positif Covid-19 hampir setiap hari dengan merekodkan 1,743 kes baharu semalam. Setakat ini jumlah kumulatif jangkitan bagi negeri itu sebanyak 157,054 kes.

Ia susulan saringan percuma secara besar-besaran yang diadakan di seluruh negeri bermula 8 Mei lalu dan dijangka berakhir 10 Jun ini.

Leave a Reply

%d bloggers like this: